Azam Baki Pemilik Akaun, Tiada Pelanggaran Seksyen 25(4) SICDA 1991 – SC

- Advertisement -

PETALING JAYA – Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) tampil menjelaskan lebih terperinci mengenai hasil siasatan terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Katanya, hasil siasatan mendapati bahawa pemegang akaun tersebut merupakan hak milik Azam.

“Azam ialah pemegang akaun yang dinamakan dan mempunyai kawalan ke atas akaun dagangan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Namun, SC menjelaskan bahawa Azam mempunyai kuasa untuk mengendalikan akaunnya seperti mana yang diingininya.

“Azam mengendalikan akaun yang telah dibukanya, dengan beliau telah memberi arahan untuk membeli, menjual dan memindahkan sekuriti daripada akaun tersebut.

“Oleh itu, SC membuat keputusan bahawa tiada pelanggaran seksyen 25(4) Akta Industri Sekuriti (Depositori Pusat) SICDA 1991,” katanya. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat