PAS Akan Pastikan MN, PN Tetap Bersama Hadapi PRU15 – Abdul Hadi

SHAH ALAM – Pas akan memastikan gabungan Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN) akan bersatu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pendirian itu selaras dengan usaha untuk mewujudkan kepimpinan Melayu dan Islam yang kuat, dalam masa sama tidak meminggirkan masyarakat majmuk yang lain.

“Kita (akan) memastikan dua gabungan ini (MN dan PN) bersatu kerana pada kajian kita tidak ada parti yang akan menang untuk memerintah sendiri apabila PRU (pilihan raya umum ) diadakan.

“Jadi, kita mesti bergabung dengan parti lain. Sebab itu kita utamakan gabungan parti orang Islam dan Melayu bersatu dahulu supaya kepimpinan Islam itu dapat diwujudkan dengan kuat.

“Sebab itu kita mendesak supaya MN dan PN ini bersama-sama. Kuatkan MN dan perkasakan PN, dua dua sekali supaya kepimpinan Melayu Islam kuat bersatu dan dalam masa sama (turut) melibatkan masyarakat majmuk,” katanya pada program bual bicara ‘Minda Profesor Negara ‘Bicara Negarawan’ Masa Depan Malaysia: Ke Mana Kita?’ yang bersiaran secara langsung di Facebook Majlis Profesor Negara (MPN) pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Felo MPN, Dr Muhammad Asri Mohd Ali selaku moderator mengenai gabungan mana yang akan dipilih Pas sekiranya PRU15 diadakan nanti.

Program itu juga turut menampilkan Presiden MPN, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose sebagai panelis.

Sementara itu, Abdul Hadi berkata, Pas mengambil tanggungjawab untuk menyatukan kedua-dua gabungan yang turut melibatkan Barisan Nasional dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi memastikan kecelaruan yang berlaku ketika negara dipimpin Pakatan Harapan (PH) tidak berulang.

“Kalau masyarakat Melayu berpecah, akan berlaku sekali lagi dominasi bukan Islam, (dan) akan berlaku kecelaruan,” katanya. – Sinar

Advertisment

Topik Hangat

Istana Negara Turunkan Poster?

KUALA LUMPUR - Istana Negara telah menurunkan poster yang memaparkan gambar Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan Parlimen perlu diadakan...

Mesyuarat Luar Biasa Menteri-menteri UMNO Dengan Presiden Petang Ini

KUALA LUMPUR - Para menteri dari Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dikatakan akan mengada mesyuarat dengan Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada jam...

Anwar Hantar Akuan Bersumpah Lagi?

CYBERJAYA - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan menyerahkan 114 Akuan Bersumpah (SD) ahli-ahli Parlimen yang menyokong beliau menjadi Perdana Menteri ketika bertemu...

Berita Berkaitan

Zahid Panggil Biro Politik UMNO Mesyuarat Esok

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijangka memanggil Biro Politik UMNO bermesyuarat pada Ahad, esok. Menurut sumber SuaraTV,  mesyuarat esok yang...

Pembukaan Parlimen Medan Terbaik Cari Penyelesaian COVID-19 – Mohd Razlan

KUALA LUMPUR: Pembukaan sidang Parlimen dapat membantu negara dalam usaha memerangi wabak COVID-19, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Mohd Razlan Rafii. Menurutnya, pelbagai isu...

PAS Percaya Keputusan Majlis Raja-Raja Berdasarkan Taklimat Semua Pihak – Abdul Hadi

KUALA LUMPU - Pas percaya bahawa kesepakatan yang dibuat oleh Majlis Raja-Raja baru-baru ini diputuskan selepas mendengar taklimat daripada semua pakar yang terlibat dalam...