16,662 Daripada 53,357 Banduan, Tahanan Positif Covid-19

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Jangkitan Covid-19 di dalam pusat tahanan, penjara atau depot tahanan imigresen bukan sahaja dalam kalangan banduan, tetapi turut membabitkan petugas yang mengendalikan mereka.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jangkitan di lokasi terbabit berpunca daripada dua faktor iaitu kesesakan serta pergerakan dari satu tempat ke tempat lain.

“Jangkitan di pusat tahanan, penjara serta depot tahanan imigresen bukan perkara baharu kerana ia berlaku pada gelombang kedua.

“Walaupun ada prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan, dua faktor ini membolehkan berlakunya jangkitan di lokasi berkenaan.

“Bukan sahaja jangkitan berlaku dalam kalangan tahanan, malah ada kes dilaporkan membabitkan warden. Sehingga 18 Januari lalu, lebih 20 kluster dilaporkan dalam gelombang ketiga membabitkan penjara dan pusat tahanan.

“Daripada jumlah itu, 20 kluster mempunyai kes indeks, manakala tujuh kluster pula hasil saringan bersasar membabitkan 14 kluster daripada kes indeks daripada banduan, lima kluster pula pegawai penjara sebagai kes indeks serta dua kluster anggota polis sebagai kes indeks,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, jangkitan komuniti boleh menyumbang kepada kes positif di penjara termasuk ketika proses membawa banduan keluar ke mahkamah dan sebagainya.

Beliau berkata, setakat ini, 53,357 banduan serta tahanan disaring dengan 16,662 daripadanya disahkan positif. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat