Cinta Ben Affleck dan Ana terlerai

- Advertisement -

Los Angeles: Selepas setahun menjalin cinta, aktor Ben Affleck, 48, dan pelakon Ana de Armas, 32, mengejutkan ramai apabila memutuskan untuk berpisah.

Punca utama perpisahan itu, disebabkan percanggahan hala tuju hidup menyebabkan mereka sudah tidak dapat meneruskan hubungan lagi.

Menurut beberapa sumber, Armas tidak mahu terikat untuk duduk di Los Angeles bersama Affleck. Manakala, Affleck pula memang tidak boleh jauh daripada anak-anaknya yang tinggal di sini.

“Dia (Ana) yang putuskannya. Hubungan mereka agak sulit. Ana tidak mahu berpangkalan di Los Angeles dan Ben pula wajib kerana anak-anaknya inggal di sana,” dakwa sumber terbabit.

Sebuah sumber pula mengatakan perpisahan itu dibuat secara sebulat suara.

“Mereka berdua berada pada titik kehidupan yang berbeza, meski masih ada bibit cinta dan rasa hormat. Ben mahu terus bekerja sendiri untuk memperbaiki dirinya,” katanya.

Pasangan itu dilaporkan semakin serius bercinta sejak beberapa bulan lalu. Bahkan, Armas sanggup pindah dari Venice, California ke Los Angeles untuk tinggal di kediaman Affleck.

Terdahulu, mereka dilihat mula intim sewaktu bercuti bersama di Cuba dan Costa Rica pada Mac tahun lalu. Mereka bertemu kali pertama di set penggambaran sebuah filem pada November 2019.

Agensl

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat