PM Lawat Hospital Bersepadu MAEPS

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini meluangkan masa melawat Hospital Bersepadu Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) 2.0 di Serdang dekat sini.

Beliau yang tiba pada 5.20 petang kemudian diiringi Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba ke sesi taklimat tertutup pengoperasian oleh Pengarah Kesihatan Selangor merangkap Komander Pusat Kawalan Bersepadu COVID-19 Wilayah Tengah Datuk Dr Sha’ari Ngadiman.

Turut hadir Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dan Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) Datuk Dr Aminuddin Hassim.

Selepas taklimat, perdana menteri dibawa melawat dan bertemu dengan pesakit yang sedang dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) yang berkonsepkan mesra keluarga sebelum meninjau sekitar hospital tersebut.

Hospital Bersepadu 2.0 dijangka beroperasi sepenuhnya pada 24 Jan ini bagi merawat pesakit COVID-19 kategori tiga, empat dan lima untuk distabilkan sebelum dihantar mendapatkan rawatan rapi di hospital.

Langkah itu bertujuan merawat pesakit COVID-19 kategori satu dan dua di PKRC MAEPS 2.0 yang tiba-tiba berubah kepada kategori tiga atau empat dan lima.

Hospital itu yang terletak di Dewan B menyediakan fasiliti yang sama dengan hospital lain, dilengkapi 30 katil bagi pesakit kategori tiga dan empat, selain sebuah khemah di luar dewan untuk kes transit unit rawatan rapi dengan 10 katil. – Bernama

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Hakim kelihatan ‘terdorong’ putuskan Najib bersalah – Peguam

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu, hakim dalam perbicaraan kes Datuk Seri Najib Razak berkaitan dana SRC International Sdn Bhd, bagaikan 'terdorong' untuk memutuskan...

Berita Berkaitan

UMNO, PAS, Bersatu, PKR & Amanah Bentuk Kesatuan Baharu Depani PRU-15?

KUALA LUMPUR - Gelombang politik baharu tanah air bakal berubah lagi, apabila hari ini Ketua Pemuda UMNO Titiwangsa, Datuk Nazir Hussin Aktar Hussin memulakan...

438,220 Individu Telah Terima Kedua-Dua Dos Vaksin – Dr Adham

KUALA LUMPUR - Seramai 438,220 individu telah menerima kedua-dua dos vaksin mereka di bawah fasa satu Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat semalam, kata Menteri...

KPDNHEP Keluar Notis Susulan Kenaikan Harga Ayam

KUALA LUMPUR - Pihak berkuasa di beberapa negeri kini mula mengambil tindakan tegas susulan kenaikan mendadak harga ayam di pasaran, yang mula dikesan sejak...