Timbalan Menteri baharu dingatkan salur maklumat jelas ke semua lapisan masyarakat- PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Timbalan-Timbalan Menteri yang baharu dilantik supaya mementingkan

aspek komunikasi supaya maklumat yang disampaikan jelas, tepat dan sampai ke semua lapisan masyarakat

“Sewaktu menerima kunjungan Timbalan-Timbalan Menteri yang baharu, saya menegaskan kepentingan untuk terus memelihara hubungan yang baik dengan semua pihak, bukan sahaja di peringkat kementerian dan agensi, malah merangkumi seluruh lapisan masyarakat.

“Amanah dan tanggungjawab yang dipikul ini perlu digalas sebaik-baiknya agar setiap dasar dan polisi kerajaab dapat dilaksanakan dengan berkesan serta memberi manfaat nyata kepada rakyat,” katanya.

Anwar mengingatkan barisan Timbalan Menteri baharu itu peri pentingnya, aspek komunikasi diperkasakan secara berterusan supaya maklumat yang disampaikan jelas, tepat dan sampai ke semua lapisan masyarakat, selaras dengan aspirasi Kerajaan Madani yang berteraskan keterangkuman dan kebertanggungjawaban.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat