“Benarlah Melayu mudah lupa dan Daim sudah dilupakan” , Dr Mahathir kongsi kesedihan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad masih sangat terkesan dengan pemergian sahabat baik yang juga bekas Menteri Kewangan era pentadbirannya, Allahyarham Tun Daim Zainuddin yang menemui penciptanya pada 13 November 2024 baru-baru ini.

Dalam catatan di media sosialnya pada Rabu, bekas Perdana Menteri itu akui sangat sedih dengan pengakhiran kehidupan Daim apabila segala sumbangannya kepada pembangunan Malaysia dilupakan.

“Dalam memoir saya, A Doctor in the House, saya menumpukan satu bab mengenai Tun Daim Zainuddin. Buku ini pertama kali diterbitkan pada tahun 2011.

“Apa sahaja yang saya katakan tentang Daim ketika itu tidak dipengaruhi oleh rasa kehilangan saya apabila dia meninggal dunia.

“Ketika membaca apa yang saya tulis menyedihkan saya. Lelaki yang banyak menyumbang kepada pembangunan Malaysia ini harus mengakhiri hidupnya sedemikian,” kata bekas Perdana Menteri dua kali itu.

Beliau malah membenarkan kata-kata tersohornya sebelum ini tentang “Melayu mudah lupa”.

“Benarlah Melayu mudah lupa dan Daim sudah dilupakan.

“Apabila kita lupa sejarah kita akan didera dengan mengulangi kesalahan kita berkali-kali (“Those who cannot remember the past are condemned to repeat it”) demikian kata George Santayana,” ujar Dr Mahathir.

Menurut Dr Mahathir, beliau menggambarkan Allahyarham Tun Daim bukan hanya sebatas rakan seperjuangan, tetapi juga seorang pejuang ekonomi yang komited.

Katanya, sepanjang kerjasama mereka bersama, Daim memainkan peranan penting dalam membentuk dasar ekonomi yang membawa kemajuan dan kestabilan

Allahyarham sebelum ini terkait pertuduhan gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan harta termasuk beberapa kenderaan mewah, syarikat dan hartanah di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Perak dan Kedah.

Manakala isterinya Toh Puan Na’imah Khalid atas satu pertuduhan gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan harta termasuk Menara Ilham dan beberapa hartanah di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 36(2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan didenda maksimum RM100,000, jika sabit kesalahan.

Namun pada 20 November lalu, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur telah melepas dan membebaskan bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin, daripada tuduhan gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan harta.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat