AS pulangkan dua rakyat Malaysia ditahan di Guantanamo Bay insiden bom Bali

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan Amerika Syarikat (AS) memulangkan dua warganegara Malaysia yang ditahan di Kem Tahanan Guantanamo Bay, Cuba sejak 2006.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan Kerajaan Perpaduan telah merangka suatu program reintegrasi yang komprehensif khusus untuk kedua-dua individu berkenaan merangkumi bantuan perkhidmatan sokongan, kebajkan dan saringan kesihatan.

Dua individu tersebut iaitu Mohammed Farik Amin dan Mohammed Nazir Lep ditahan kerana bersubahat dalam pengeboman pengganas yang mengorbankan 202 orang di Bali, Indonesia pada 2002.

“Kerajaan Perpaduan Malaysia Madani atas prinsip hak asasi manusia dan dokongan keadilan sejagat telah menerima dua orang warganegara Malaysia. Mohammed Farik Amin dan Mohammed Nazir Lep, yang diserah oleh Kerajaan Amerika Syarikat (AS) selepas ditahan sejak tahun 2006 di Kem Tahanan Guantanamo Bay, Cuba.

“Kerajaan telah merangka suatu program reintegrasi yang komprehensif khusus untuk kedua-dua individu berkenaan merangkumi bantuan perkhidmatan sokongan, kebajkan dan saringan kesihatan.

“Kementerian Dalam Negeri merakam ucapan penghargaan kepada pelbagai agensi Kerajaan yang terlibat dalam menyempurnakan proses penyerahan kedua-dua warganegara Malaysia ini,” kata Saifuddin dalam kenyataan media pada Rabu.

Sebelum ini media melaporkan, Mohammed Farik Amin dan Mohammed Nazir Lep boleh dibebaskan menjelang 2029.

Kedua-duanya telah ditahan di AS sejak musim panas 2003.

Kedua-dua lelaki yang kini ditahan di Guantanamo, telah mengaku bersalah bersubahat dalam dua pengeboman di pulau peranginan Bali dalam langkah tawar-menawar rayuan itu.

Sebelum ini mahkamah memutuskan apabila balik ke Malaysia, mereka akan menjalani program deradikalisasi yang dikendalikan kerajaan Malaysia dan pemantauan seumur hidup oleh pihak berkuasa keselamatan negara.

Mereka didakwa bersama Encep Nurjaman warga Indonesia, juga dikenali sebagai Hambali.

Pada Oktober lepas, The New York Times melaporkan Mohammed Farik dan Mohammed Nazir telah mencapai persetujuan dengan pendakwa raya di Teluk Guantanamo untuk tuduhan bersubahat dalam serangan pengganas di Bali, dan dengan itu memisahkan mereka daripada kes Hambali.

Dalam pengakuan bersalah, Mohammed Farik dan Mohammed Nazir bersetuju untuk memberi keterangan terhadap Hambali, bekas pemimpin gerakan Jemaah Islamiyah dan merupakan dalang di sebalik pengeboman maut Bali.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat