Bot peronda laju baharu: lindungi sumber perikanan & kukuhkan penguatkuasaan demi kelestarian sumber maritim negara – KP DOF

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

KUALA TERENGGANU – Sepuluh bot peronda baharu milik Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) yang
siap sepenuhnya menjadi langkah strategik memperkukuh keupayaannya untuk melaksanakan rondaan melalui sistem Pemantauan, Kawalan dan Pengawasan (MCS) di perairan negara.

Bot peronda laju yang bernilai RM15 juta itu akan ditempatkan di negeri strategik iaitu Kedah (1), Pulau Pinang (2), Perak (2), Melaka (1), Johor (3), dan Kelantan (1).

Ketua Pengarahnya, Dato’ Hj. Adnan Hussain berkata demikian pada majlis Majlis Penyerahan 10 Buah Bot Peronda Laju di MSET Shipbuilding Corporation Sdn. Bhd, Pulau Kambing dekat sini pada Sabtu.

Adnan berkata, tujuan utama kegunaan aset itu bagi meningkatkan keupayaan pengawasan bagi melindungi sumber perikanan negara serta mencegah pencerobohan dan aktiviti perikanan haram.

Turut hadir, Pengarah Kanan Bahagian Kejuruteraan DOF, Hj. Abdul Halim Marzuki; Ketua Cawangan Kolaborasi, Pendidikan & Logistik, Bahagian Konservasi dan Perlindungan Perikanan DOF, Uraini Ujang; Pengarah DOF Terengganu, Ruzaidi Mamat; Pengarah DOF Perak, Mohd Ghazali A. Manap; Pengarah DOF Kelantan, Dr. Erniyta Osman; Pengarah DOF Pulau Pinang, Zarina Zainuddin, dan Pengarah DOF Melaka, Saufi Affandi Talib.

Adnan berkata, perolehan ini adalah sebahagian daripada peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) bagi meningkatkan kecekapan sistem MCS.

Menurutnya, perolehan aset ini adalah sebahagian daripada usaha DOF untuk memenuhi tiga misi utama, iaitu mengurus sumber perikanan negara dengan efisien, inovatif, dan mesra alam berasaskan maklumat saintifik dan tadbir urus yang rapi.

Menurutnya lagi, bot-bot ini akan meningkatkan keupayaan DOF dalam memastikan undang-undang perikanan dipatuhi dan inisiatif ini adalah sebahagian daripada komitmen kami untuk melindungi sumber perikanan secara lestari.

“Sehingga Oktober lalu, DOF bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Polis Marin telah merekodkan sebanyak 826 kes tangkapan melibatkan vesel tempatan yang melanggar Akta Perikanan 1985

“Kesalahan tersebut merangkumi 19 kategori, termasuk sitaan pukat dan vesel, pencerobohan zon tangkapan, serta pelanggaran syarat lesen dan
sebanyak 220 kompaun telah dikeluarkan dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM565,000 manakala kes sitaan mencatatkan sebanyak 470 kes.

“Manakala, hasil daripada lelongan ikan pula berjumlah RM141,766, dan seramai 1,410 orang kena tahan (OKT) direkodkan.

“DOF memandang serius isu ini dan akan terus bekerjasama dengan agensi-agensi lain bagi mengekang pencerobohan serta melindungi mata pencarian nelayan tempatan,”katanya.

“Bot-bot peronda baharu ini dibina menggunakan bahan aluminium tahan lasak dengan panjang hull 13 meter dan kelebaran 3.5 meter yang dilengkapi dengan tiga enjin sangkut empat lejang berkuasa tinggi (300HP setiap satu), membolehkan bot ini mencapai kelajuan sehingga 42 knots.

“Keupayaan kelajuan ini memudahkannya mengejar dan memintas vesel yang cuba melarikan diri semasa operasi dijalankan.

Bot ini dilengkapi dengan peralatan elektronik canggih seperti GPS, radar, echosounder, dan sistem komunikasi terkini untuk memperkemaskan proses penjejakan dan pemantauan,”katanya lagi.

“Penyerahan aset ini mencerminkan komitmen DOF untuk memelihara dan mengurus sumber perikanan negara secara mampan.

“Usaha ini juga selaras dengan matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 14, iaitu memastikan sekurang-kurangnya 10% kawasan perairan negara dipelihara sebagai Kawasan Perlindungan Marin (MPA), ”tambahnya.

“Sehingga Disember lalu , DOF memiliki sebanyak 86 bot pengawasan yang bertanggungjawab menjaga kawasan perairan seluas 600,000 kilometer persegi, meliputi zon ekonomi eksklusif (ZEE), pulau-pulau, dan kawasan perairan negara.

“Penyerahan bot peronda ini menandakan kesinambungan usaha DOF untuk melindungi sumber perikanan dan memperkukuh penguatkuasaan undang-undang di perairan negara, demi memastikan kelestarian sumber maritim negara, ”tambahnya lagi. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat