Kerajaan henti jual aset Tabung Haji – Idris

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Aset Lembaga Tabung Haji (TH) yang diuruskan oleh Syarikat Tujuan Khusus (SPV) dan dibentuk pentadbiran terdahulu sudah dihentikan penjualannya,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad.

Jelasnya, kerajaan telah menghentikan segala bentuk penjualan aset lembaga tersebut malah memberi jaminan tidak akan menjual mana-mana lagi aset sedia ada yang belum lagi dijual.

“ Saya telah mengarahkan dihenti sebarang bentuk penjualan baharu baru-baru ini terutama aset perladangan yang dimiliki oleh Tabung Haji,” katanya di Putrajaya pada Khamis.

Untuk rekod isu melibatkan SPV mencetuskan kontroversi kerana ia didakwa menggadaikan banyak aset bernilai milik Tabung Haji yang didakwa kerajaan terdahulu kononnya mencatatkan kerugian.

Penjualan sebelum ini termasuk empat hotel di lokasi strategik yang dipindah milik selain lebih 6,000 hektar ladang kelapa sawit milik anak syarikat Tabung Haji kerana didakwa komoditi itu tiada keuntungan.

Ia malahan membangkitkan kemarahan umat Islam apabila SPV itu dikendalikan Urusharta Jamaah Sdn. Bhd. (UJSB) yang diwujudkan khusus dan diuruskan pula Prokhas Sdn. Bhd.

Terdahulu, Idris hadir menyaksikan penyerahan derma oleh pihak Kedutaan China di Malaysia kepada Jawi Food Bank dikendalikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Sumbangan berjumlah RM100,000 itu diserahkan Duta Besarnya, Ouyang Yujing kepada Pengarah Jawi, Datuk Mohd. Ajib Ismail dan kali keempat dilaksanakan pihak kedutaan tersebut.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat