Setiausaha Perdagangan AS temui PM bincang kerjasama dua negara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menerima kunjungan hormat Setiausaha Perdagangan Amerika Syarikat (AS), Gina Raimondo, di pejabatnya di bangunan Parlimen, pada Khamis.

Dalam catatan di Facebooknya, Perdana Menteri berkata, dalam pertemuan itu mereka berbincang mengenai potensi untuk meluaskan kerjasama, selain peluang bagi meneroka laluan baharu yang akan memberi manfaat kepada perdagangan antara kedua-dua negara.

“Malaysia menyanjung hubungan dua hala yang baik dengan AS dan kita optimis kedua-dua negara akan mendapat manfaat daripadanya. Terima kasih diucapkan kepada Raimondo dan delegasi terhadap lawatan ini,” katanya.

Ini kali pertama lawatan rasmi Raimondo ke Malaysia selepas dipilih berkhidmat sebagai setiausaha perdagangan di bawah pentadbiran Presiden AS, Joe Biden.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat