Jangan Buat Spekulasi Kematian Ketua Penolong Pengarah Kanan Kesihatan – Dr Noor Hisham

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) memohon semua pihak tidak membuat spekulasi mengenai kes kematian seorang pegawainya sehingga keputusan bedah siasat rasmi diperoleh.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran Facebook memaklumkan pemergian Dr. Chai Koh Meow iaitu Ketua Penolong Pengarah Kanan di Ibu Pejabat KKM yang meninggal dunia semalam.

“Dr. Chai telah melengkapkan dos vaksinasi penggalak Covid-19 beliau pada 9 November. Beliau tidak melaporkan apa-apa kesan sampingan luar biasa setelah mendapat vaksinasi tersebut. Malahan beliau telah hadir bekerja dan bertugas seperti biasa sehingga 16 November.

“Adalah dimaklumkan bahawa siasatan mengenai punca kematian mendiang masih berjalan. KKM memohon agar mana-mana pihak tidak membuat spekulasi mengenai kes beliau sehingga keputusan bedah siasat rasmi diperoleh.

“KKM juga memohon masyarakat umum menghormati privasi keluarga mendiang,” katanya di hari ini.

Dalam pada itu, Dr. Noor Hisham berkata, mendiang amat disenangi oleh rakan-rakan sekerja, masyarakat setempat dan komuniti perubatan tradisional dan komplementari.

“Salam takziah diucapkan buat seluruh ahli keluarga mendiang atas pemergian beliau. Pihak KKM berduka cita dengan pemergian salah seorang pegawai kami yang komited dan berdedikasi dalam tugasan beliau,” katanya. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat