Tikam bapa hanya kerana tegur main telefon

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Gara-gara berang ditegur leka bermain telefon, seorang anak sanggup membunuh bapanya dengan pisau di rumah mereka di Simpang Pertang, Jelebu Negeri Sembilan 9.30 pagi, hari ini.

Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Maslan Udin berkata, mangsa, 59, maut di tempat kejadian selepas ditikam suspek pada bahagian depan dan belakang badan.

Memetik Harian Metro, katanya selain suspek, ibu mangsa berusia 85 turut tinggal bersama mangsa di rumah berkenaan.

“Siasatan awal, ibu mangsa sebelum itu keluar berjumpa saudaranya berhampiran rumah dan tinggal mangsa bersama suspek sebelum berlaku pertengkaran.

“Mangsa dipercayai memukul belakang suspek dengan kerusi plastik sebelum suspek menikam mangsa dengan pisau,” katanya.

Maslan berkata, selepas menikam mangsa, suspek melarikan diri namun ditangkap 20 minit kemudian sebaik kejadian dimaklumkan kepada polis oleh jiran.

Katanya polis masih menjalankan siasatan dan motif kejadian manakala polis akan membuat permohonan reman suspek esok.

Jiran yang enggan dikenali berkata, pertengkaran mulut kedua beranak itu bukan pertama kali sebaliknya sudah banyak kali berlaku.

“Namun kali ini, tidak sangka pula ia berakhir dengan kematian,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat