Pejuang nekad tolak belanjawan andai kerajaan gagal penuhi 12 syarat

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) memberi 12 syarat kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) sekiranya mahu ahli-ahli parlimen parti itu menyokong Belanjawan 2021.

Menurut Presiden (Penaja) Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Bebas- Jerlun) pihaknya akan menolak Belanjawan 2021 sekiranya 12 pindaan yang dikemukakan parti itu tidak dilayan.

“Kita nekad untuk menolak Belanjawan 2021 jika tiada perbahan terhadap syarat kami kemukakan.

“12 syarat supaya kerajaan tak boros berbelanja dalam situasi ketika ini,” katanya ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat, hari ini.

Antara 12 syarat yang dikemukakan ialah lanjutan moratorium, pengeluaran akaun 1 caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) seperti mana dibangkitkan BN.

Selain itu, Mukhriz turut mendesak agar kerajaan mengurangkan peruntukan Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang meningkat daripada RM7.9 bilion kepada RM11 bilion.

“Kurangkan jumlah menteri kabinet dan turunkan gaji menteri, timbalan menteri kalau boleh sehingga 30 peratus.

“Tambah belanjawan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk penyakit tidak berbangkit, walaupun kita bergelut dengan Covid-19, tidak bermakna penyakit lain hilang begitu saja.

“12 syarat supaya kerajaan tak boros berbelanja dalam situasi ketika ini,” katanya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat