Osman tawar diri jadi ADUN pertama potong gaji

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Gaji semua 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor wajar dipotong 10 peratus bagi mengurangkan beban kewangan kerajaan negeri susulan krisis pandemik Covid-19 yang dihadapi masa kini.

Bekas Menteri Besar, Datuk Osman Sapian berkata, malah gaji Menteri Besar perlu dipotong 20 peratus manakala Exco pula sebanyak 15 peratus.

“Saya bersedia dipotong gaji dan ingin mahu jadi ADUN pertama akan berbuat demikian jika kerajaan negeri memutuskan langkah berkenaan.

“Dianggarkan kerajaan dapat jimat RM54,000 sebulan dengan pemotongan gaji sebanyak RM900. Ia tidak termasuk lagi gaji Menteri Besar dan Exco,” katanya memetik Utusan Malaysia.

Osman memberitahu, langkah itu mencerminkan solidariti kepimpinan kerajaan dan wakil rakyat terhadap rakyat terkesan khususnya dibuang kerja dan perniagaan pula ditutup.

Sebelum ini bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memaklumkan beliau bersedia memotong 10 peratus dari pencennya dan digunakan untuk mengurangkan beban mereka yang hilang punca pendapatan.

Osman yang juga ADUN Kempas, pernah mengarahkan semua gaji Exco dipotong sebanyak 10 peratus sewaktu beliau menjadi Menteri Besar di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Sehubungan itu, beliau akan membawa cadangan pemotongan gaji ketika perbahasan Belanjawan Johor 2021 di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada minggu depan.

“Duit ini boleh disalurkan kepada Tabung Bencana Negeri atau digunakan untuk rakyat terkesan akibat pandemik ini,” katanya.

Dalam pada itu, Osman berkata, kini bukan masanya untuk Johor mengikut jejak langkah Kelantan yang menaikkan gaji ADUN sewaktu negara berhadapan situasi getir Covid-19.

“Sekarang bukan masa sesuai untuk sebarang syor menaikkan gaji. Jika ada cadangan, saya wakil rakyat pertama yang membantah,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, pihak kerajaan negeri boleh boleh meneruskan pemberian bantuan saguhati atau bonus kepada penjawat awam negeri.

Kata Osman, ia tidak akan mendatangkan masalah kepada kedudukan kerajaan walaupun Johor setiap tahun mengalami defisit.

“Ini merupakan kitaran ekonomi. Jika penjawat awam berbelanja, maka ekonomi akan bertambah baik dan pulih.

“Apatah lagi penjawat awam yang bergred rendah amat terkesan dengan keadaan ekonomi malah ada mereka barisan hadapan yang bertungkus-lumus sejak wabak melanda dan mereka perlu dihargai,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat