COVID-19 : AADK guna pakai 16 SOP baharu kendali penagih dadah

PH Johor tunggu dan lihat perkembangan sidang Dun

CYBERJAYA: Pakatan Harapan (PH) Johor mengambil pendirian tunggu dan lihat berhubung situasi yang akan berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Ahad, kata Majlis...

Bung Moktar jamin kemelut di Perak tidak akan merebak ke Sabah

CYBERJAYA: Apa yang berlaku di Perak tidak akan terjadi di Sabah, kata Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin. Beliau berkata, UMNO Sabah...

KKMM lipat ganda komunikasi sukarelawan, optimum peranan sukarelawan

KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan melipatgandakan kerja 'komunikasi sukarelawan' dengan merapatkan hubungan dan kerjasama pelbagai bentuk atau kumpulan sukarelawan serta hubungan...

Ahmad Faizal letak jawatan selepas MB baharu dipilih

IPOH: Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu akan meletak jawatan selepas Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memperkenankan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)...

i-Sinar: Manfaatkan Ketika Saat Getir

Kuala Lumpur: Pengeluaran caruman Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi kemudahan skim i-Sinar dapat dimanfaatkan sebagai 'wang sokongan' untuk kegunaan saat getir...

KOTA BHARU: Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) mengguna pakai 16 prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi mengendalikan tahanan penagih dadah dan menguruskan pengurusan di pusat pemulihan bagi membendung penularan COVID-19.

Ketua Pengarah AADK Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata penggunaan SOP yang berbeza sejak Mac lalu diguna pakai di kesemua pusat pemulihan AADK di seluruh negara berikutan pihaknya memandang serius mengenai wabak COVID-19.

Katanya, antara SOP yang telah dilaksanakan termasuk setiap kemasukan tahanan penagih dadah akan dilakukan ujian saringan kesihatan manakala tahanan dari zon merah akan dilakukan ujian swab.

“Selain melakukan ujian saringan kesihatan, sepanjang tempoh ini juga pihak kami turut mengehadkan penghantaran kemasukan bahan makanan ke dalam premis dan hanya diambil di pintu masuk sahaja bagi mengurangkan interaksi rapat.

“Malah, jumlah latihan modul turut dikurangkan dan jika sebelum ini kelas pemulihan diadakan di dalam kelas namun kini kami melakukan di kawasan yang lapang bagi mengurangkan kebarangkalian jangkitan berlaku selain akan memastikan pegawai yang bertugas mengikut SOP yang telah ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis Apresiasi Semarak Kasih AADK Kelantan di sini malam tadi, yang turut dihadiri Pengarah AADK Kelantan Rohayu Ahmad dan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO negeri Wan Roslan Wan Hamat.

Zulkifli berkata sehingga kini tiada sebarang jangkitan COVID-19 dalam kalangan penagih dadah yang ditahan dan juga pelanggan AADK.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai penanaman ketum di negara ini, beliau berkata AADK telah mencadangkan kepada kerajaan supaya penanaman ketum itu dijadikan sebagai satu kesalahan jenayah di bawah Akta Racun.

Bagaimanapun, kerajaan sedang meneliti perkara itu, katanya.

“Kerajaan melalui Jawatankuasa Bertindak Penguatkuasaan Undang-undang telah bermesyuarat Julai lalu dan meminta untuk mewujudkan jawatankuasa teknikal undang-undang untuk melihat kalau ada kebaikan ketum dari segi perubatan ataupun industri dan perkara ini sedang diteliti,” tambahnya.

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Tewas lagi, adakah Ketua Pembangkang akan letak jawatan?

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM). Keputusan diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat,...

Berita Berkaitan

PH Johor tunggu dan lihat perkembangan sidang Dun

CYBERJAYA: Pakatan Harapan (PH) Johor mengambil pendirian tunggu dan lihat berhubung situasi yang akan berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Ahad, kata Majlis...

Bung Moktar jamin kemelut di Perak tidak akan merebak ke Sabah

CYBERJAYA: Apa yang berlaku di Perak tidak akan terjadi di Sabah, kata Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin. Beliau berkata, UMNO Sabah...

KKMM lipat ganda komunikasi sukarelawan, optimum peranan sukarelawan

KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan melipatgandakan kerja 'komunikasi sukarelawan' dengan merapatkan hubungan dan kerjasama pelbagai bentuk atau kumpulan sukarelawan serta hubungan...