388 Aduan Berkaitan Salah Guna Subsidi Upah Hampir RM20 juta

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menerima 388 aduan daripada pekerja membabitkan salah guna Program Subsidi Upah (PSU) oleh majikan membabitkan dana hampir RM20 juta.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, berkata daripada jumlah keseluruhan aduan 388 kes itu, 232 kes aduan dalam proses inkuiri bagi melengkapkan maklumat aduan untuk diambil tindakan selanjutnya,”

Katanya, sehingga 11 November lalu, PERKESO sudah kenal pasti 156 kes tuntutan palsu dan salah guna PSU.

Beliau berkata tindakan menuntut kembali bayaran dana PSU yang disalah guna oleh majikan kini giat dilakukan.

Selain itu, katanya, PERKESO akan menggantung pembayaran kepada majikan yang disyaki membuat tuntutan palsu sehingga siasatan terhadap aduan terbabit selesai dijalankan.

“Dalam menangani masalah tuntutan palsu ini, PERKESO mengambil tindakan ke atas sebahagian majikan yang tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan,” katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, di sini, hari ini – Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat