Choong Hann cabar 13 pemain remaja buktikan kemampuan ke kumpulan elit

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mahu 13 pemain terbaik dalam ranking remaja kebangsaan, memberikan aksi yang unggul di Cabaran Ranking Remaja Kebangsaan Peringkat Akhir yang akan bermula esok.

Pengarah Kejurulatihan BAM Wong Choong Hann berkata, ini adalah masa sesuai buat mereka membuktikan tahap kesediaan untuk melangkah masuk ke dalam kumpulan elit skuad badminton negara.

“Sudah tentu acara ini akan memberi peluang kepada pemain untuk menambahkan ilmu dari segi kemahiran, kebijaksanaan dan taktikal yang boleh dicontohi.

“Menerusi pertandingan ini, jurulatih boleh menilai pemain remaja berpotensi untuk diserap ke dalam pasukan senior dengan lebih telus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Choong Hann turut mengingatkan pemain senior yang akan beraksi pada kejohanan itu untuk memberi prestasi 100 peratus dan mempamerkan permainan yang terbaik, termasuk mengendalikan tekanan ketika di gelanggang.

Cabaran Ranking Remaja Kebangsaan Peringkat Akhir dijadualkan bermula dari 18-21 Nov membabitkan saingan perseorangan dan beregu bagi kategori lelaki dan perempuan.

Seramai 13 pemain remaja yang terpilih terdiri daripada mereka yang beraksi ketika saingan Peringkat Kumpulan Cabaran Ranking Remaja Kebangsaan 2020 pada 12-16 Okt lepas.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat