Di Malaysia, hanya yang ada masalah mental saja sokong Israel – Nazri

- Advertisement -

CYBERJAYA – Kerajaan dan rakyat Malaysia yang waras tidak mungkin sama sekali akan menyokong atau meluahkan rasa simpati terhadap Israel, kata Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat (AS), Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Memetik laporan Awani, Nazri berkata demikian ketika dihubungi pihak Jabatan Negara Amerika Syarikat yang menyatakan rasa kurang senang Washington terhadap beberapa kenyataan keras Malaysia terhadap Israel.

Nazri berkata, ketika ditanya pihak Jabatan Negara Amerika Syarikat adakah mungkin Malaysia akan menyatakan rasa simpati terhadap nasib rakyat Israel, beliau menegaskan simpati Malaysia hanya untuk Palestin.

“Negara-negara kuasa besar tidak pernah menyatakan rasa simpati terhadap nasib kanak-kanak dan warga tua Palestin yang berpuluh tahun menderita akibat tindakan tidak berperikemanusiaan Israel.

“Mana mungkin Malaysia akan memberikan simpati kepada pihak yang bertindak tanpa perikemanusiaan seperti rejim Israel,” katanya, seperti dilaporkan Awani.

Mengulas lanjut, Nazri berkata pihak Jabatan Negara Amerika Syarikat juga turut mempersoalkan sokongan tidak berbelah bahagi Malaysia terhadap Hamas.

Beliau menegaskan sokongan Malaysia terhadap Hamas tidak sewajarnya dipertikaikan kerana parti tersebut merupakan pilihan rakyat Palestin di Gaza.

“Malaysia menghormati sokongan rakyat Palestin di Gaza yang telah memilih Hamas sebagai pemerintah mereka.

“Tidak ada sebab untuk Malaysia tidak bersama dengan rakyat Palestin dalam usaha mereka menuntut hak yang telah dirampas Israel.

“Malaysia juga tidak akan tunduk kepada sebarang tekanan mana-mana pihak atas sokongan yang diberikan kepada Hamas dan Palestin,” katanya.

Menurut laporan itu lahi, Nazri juga memberitahu pihak Jabatan Negara Amerika Syarikat bahawa Malaysia akan sentiasa bersolidari dengan rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat.

Tegas beliau, dalam apa juga situasi Israel yang seharusnya segera mengentikan pengeboman di Gaza dan penubuhan koridor kemanusiaan di Rafah, Mesir.

“Di Malaysia hanya mereka yang mengalami masaah mental sahaja akan menyokong apa yang dilakukan oleh rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

“Israel tidak perlu play victim dalam perkara ini kerana tindakan mereka selama ini jauh lebih ganas dan tidak berperikemanusiaan,” katanya.

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat