Menang empat pingat emas, Izzatul layak dinobatkan ratu olahraga MSSM

- Advertisement -

SEREMBAN – Atlet Terengganu, Izzatul Musfirah Ahmad Kamal Azira boleh dinobatkan selaku ratu olahraga apabila menjadi satu-satunya atlet yang memenangi empat pingat emas pada Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) Kebangsaan Kali Ke-63, di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Malah, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad Kuala Terengganu itu turut melakar sejarah tersendiri apabila mencipta dua rekod baharu kejohanan.

Hari ini, Izzatul Musfirah mengungguli acara 200 meter (m) perempuan bawah 15 tahun dengan catatan rekod baharu selepas mencatat 24.66s untuk memadam rekod lama milik dirinya sendiri, 24.94s, yang dilakukannya pada peringkat separuh akhir saingan sebelah pagi.

Dia memecahkan rekod berusia 20 tahun yang dilakukan Fauziah Abd Razak dari Perak yang pada ketika itu mencatatkan masa 25.09s.

Pada saingan hari ini, Izzatul Musfirah meninggalkan pencabar utama S Varshini dari Johor yang mencatat masa 25.65s dan atlet dari Selangor, Lim Mei Yin, 26.31s.

Sebelum ini, dia meraih dua emas menerusi acara 100m selain membantu kuartet 4x100m perempuan bawah 15 tahun memenangi emas selepas menggungguli acara itu, semalam.

“Saya tidak menyangka mampu melakukan larian lebih baik kerana pada asaslnya hanya menjangkakan sekitar 25 saat tetapi dapat 24.66s.

“Alhamdulillah, saya begitu gembira dan berbangga kerana berjaya mencipta rekod baharu kejohanan dalam masa singkat. Kejayaan ini hasil usaha dan kerja keras secara berterusan selain bimbingan jurulatih.

“Penat lelah selama ini ternyata membuahkan hasil di sini. Saya menyasarkan lima pingat emas pada temasya kali dan hari ini sudah empat emas, esok saya akan sertai pula acara 4×400 meter, insyaAllah saya harap ada rezeki lagi esok,” katanya ketika ditemui.

Untuk rekod, catatan masa 24.66s yang dilakukan Izzatul Musfirah itu juga sebenarnya mengatasi rekod MSSM acara 200m perempuan bagi usia bawah 18 tahun yang dilakukan oleh Sheeren Samson Vellabouy pada 2015 iaitu 24.89s.

Sementara itu, Muhammad Sayyid Amin Roslan dari Pulau Pinang menggungguli acara 200m lelaki bawah 18 tahun selepas melakukan catatan masa 21.74s.

Dia menewaskan pemenang acara 100m sebelum ini, Danish Iftikhar Muhammad Roslee, dari Johor yang meraih perak dengan masa 21.93s manakala pelari Selangor Danish Irfan Tamrin di tempat ketiga dengan catatan 21.97s. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat