Parti Bangsa Malaysia Menerajui Keterbukaan Demokrasi & Politik Khidmat Bakti

- Advertisement -

Oleh: Ahmad Soffian Bin Mohd Shariff

Setelah 14 pilihanraya umum diadakan di negara ini, sudah tentu kita sebagai rakyat telah melihat pelbagai tawaran yang diutarakan oleh parti dan calon yang bertanding untuk meraih undi.

Pada ketika rakyat sudah terlalu muak dengan manifesto karangan “think tank” para politikus dari parti-parti yang bertanding yang sarat dengan janji manis, wujud beberapa parti baharu yang menawarkan idea dan cadangan terkini yang ingin diperjuangkan untuk rakyat.

Pasca PRU-14, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) telah melaporkan bahawa terdapat 199 permohonan penubuhan parti politik baharu telah dibuat.

Namun begitu, pada Jun 2022 ROS telah memaklumkan kepada umum hanya 12 parti sahaja yang diluluskan oleh pendaftar pertubuhan tersebut.

Daripada 12 parti baharu ini, yang kelihatan signifikan dan yang mempunyai kelainan yang ketara daripada parti-parti lain adalah Parti Bangsa Malaysia.

Tidak hanya bersandarkan retorik politik semata-mata, parti ini menawarkan keseimbangan antara politik dan kerja-kerja kemasyarakatan yang memberi manfaat kepada semua, khususnya golongan B40 dan M40 di kawasan bandar.

Parti Bangsa Malaysia yang dianggotai sebahagian besarnya oleh para ahli NGO Penggerak Komuniti Negara telah melebarkan sayapnya ke seluruh Malaysia dengan pembukaan bahagian dan cawangan secara meluas.

Setiap ahli parti pula didik untuk sentiasa “ringan tulang” bagi membantu masyarakat sekeliling dalam semua hal, terutamanya yang melibatkan kebajikan golongan yang memerlukan.

Penulis dimaklumkan, pada ketika kebanyakkan parti politik lain sedang bertungkus lumus memastikan persiapan untuk menghadapi PRU-15, Parti Bangsa Malaysia meletakkan agenda bantuan bencana (banjir) yang dijangka bakal berlaku sekitar November 2022 hingga Disember 2022 ini sebagai keutamaan mereka.

Sifat Parti Bangsa Malaysia yang lebih menumpukan kerja-kerja kemasyarakatan berbanding menyerang parti politik lain ini adalah suatu yang sangat asing di dalam arena politik tempatan.

Selain dari itu, yang amat menarik bagi parti ini mereka tidak mewakili golongan tertentu sepertimana yang sering dibuat oleh parti-parti lain di negara ini.

Dikala parti-parti lain mengaku bahawa diri mereka mewakili golongan muda, kelompok agama mahupun sesuatu kaum sahaja, Parti Bangsa Malaysia terbuka untuk setiap rakyat Malaysia.

Diketuai oleh YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin sebagai Presiden, yang merupakan seorang ahli politik berpengalaman yang sudah tiga (3) penggal mewakili Parlimen Ampang, Parti Bangsa Malaysia mempunyai enam (6) teras utama yang terdiri daripada pemerkasaan golongan wanita, pengukuhan sektor pendidikan awam, peningkatan teknologi, penglibatan orang muda, perpaduan pelbagai kaum dan pembangunan ekonomi mampan adalah satu set teras perjuangan komprehensif yang menjadi dasar utama parti tersebut.

Jika kita meneliti 6 teras tersebut kesemuanya menyentuh tentang perihal pembangunan negara yang melibatkan pembagunan yang akan membantu Malaysia untuk mencapai tahap yang lebih tinggi.

Melalui maklunat yang boleh dicapai melalui carian Google dan media sosial, penulis dapati Parti Bangsa Malaysia sangat aktif dalam mempromosikan 6 teras perjuangan mereka.

Malah di dalam ucapan dan kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh pemimpin Parti Bangsa Malaysia seperti YB Zuraida Kamaruddin, YB Haniza Talha (Naib Presiden), YB Daroyah Alwi (Ketua Wanita), YB Larry Sng (Mantan Presiden) dan YB Steven Choong (Naib Presiden) mereka sering menerangkan satu persatu agenda mereka dan bagaimana ianya akan membantu Malaysia untuk mencapai kegemilangan di masa kini dan akan datang.

Setakat ini, belum pernah lagi kedengaran cacian atau kritikan secara melulu mana-mana pimpinan atau ahli Parti Bangsa Malaysia kepada ahli politik kerajaan atau pembangkang.

Seharusnya semua parti baharu memiliki sifat seperti ini, yang mana pemimpinnya perlu berhenti berpolitik secara jumud dan memberikan fokus kepada khidmat kepada rakyat dan penerangan jelas mengenai dasar parti untuk difahami oleh setiap rakyat.

Semoga Parti Bangsa Malaysia akan terus cemerlang dan diberikan mandat di mana jua mereka meletakkan calon untuk bertanding pada PRU-15 akan datang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat