SPR Nafi Syarat Vaksinasi Lengkap Bagi Pengundi PRN Melaka

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan vaksinasi lengkap sebagai syarat untuk pemilih mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka seperti dilaporkan beberapa agensi media hari ini.

Pengerusinya, Datuk Abdul Ghani Salleh menegaskan, garis panduan pencegahan COVID-19 bagi tujuan PRN Melaka itu belum dimuktamadkan.

“SOP berkenaan akan berpandukan kepada pandangan dan nasihat daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan (KKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan, lewat petang tadi.

Terdahulu, pada sidang media di Melaka hari ini, Abdul Ghani dilaporkan berkata, SPR mengenakan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat seperti syarat vaksinasi dan pihaknya tidak akan bertolak ansur terhadap pengundi yang didapati melanggar SOP berkenaan.

Justeru, beliau meminta pengundi menyegerakan proses vaksinasi, memandangkan masih ada masa mencukupi, selain memakai pelitup muka dan penjarakan fizikal di pusat mengundi.

Terdahulu, SPR menetapkan 20 November ini sebagai hari pengundian bagi PRN Melaka dengan hari penamaan calon 8 November dan tarikh mengundi awal pada 16 November.

Tempoh berkempen pula adalah 12 hari bermula selepas pengisytiharan calon sehingga jam 11.59 malam pada 19 November.

PRN Melaka perlu diadakan selepas SPR menerima pemakluman rasmi berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka penggal ke-14. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat