1,286 remaja tercicir terima vaksin di Pahang

- Advertisement -

KUANTAN: Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) mengesan terdapat seramai 1,286 remaja di negeri ini yang tercicir menerima vaksin COVID-19.

Mereka terdiri daripada gelandangan dan orang kurang upaya (OKU) serta mereka yang tidak bersekolah.

Pengarahnya, Datuk Dr Nor Azimi Yunus, berkata program outreach iaitu sebahagian daripada program jangkauan luar sedang dirangka di negeri ini bagi mengesan golongan yang tercicir.

“Kita akan mengadakan program outreach sebanyak mungkin di semua daerah, sebagai contoh minggu lalu kita adakan program suntikan di masjid dan mendapat sambutan menggalakkan.

“Program ini akan diteruskan di kawasan tumpuan atau tempat awam bagi mencari mereka yang masih belum menerima vaksinasi.

“Kita bercadang untuk memulakan program outreach di pasar raya dan kampung kerana masih terdapat kumpulan penduduk yang masih belum menerima vaksinasi,” katanya, di sini, semalam.

Dr Nor Azimi berkata, kerjasama agensi kerajaan dan swasta dapat melancarkan lagi program pemberian vaksinasi yang dilakukan secara berterusan di seluruh negeri ini.

Mengenai pemberian dos ketiga vaksin COVID-19 beliau berkata, Pahang mempunyai perancangan dan bersedia sebagaimana kenyataan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Katanya, pihaknya masih menunggu kenyataan rasmi dan garis panduan dari Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum memulakan dos penggalak vaksin COVID-19 di Pahang.

-BERITA HARIAN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat