Malaysia Dan Arab Saudi Sepakat Bincang Awal Soal Haji Dan Umrah -Hishammuddin

- Advertisement -

CYBERJAYA: Menteri Luar, Dato Seri Hishammuddin Tun Hussien Onn, berkata kerjasama antara Malaysia dengan Arab Saudi akan diperkukuhkan era pasca pandemik Covid-19 melalui penubuhan Jawatankuasa Strategik Peringkat Tertinggi.

Menurutnya, Malaysia dan Arab Saudi setuju bentuk Jawatankuasa Strategik Peringkat Tertinggi demi perkukuhkan usahasama pasca pandemik.

“Alhamdulillah, keakraban hubungan dan penghormatan Arab Saudi terhadap Malaysia terus terserlah menerusi kesepakatan menubuhkan Jawatankuasa Strategik,

“Kerjasama Peringkat Tertinggi ini demi memperkukuhkan usahasama pelbagai bidang yang membawa kepentingan bersama khususnya era pasca Covid-19,” jelas beliau dilaman facebooknya.

Tambah beliau lagi, kerjasama peringkat tertinggi ini akan memfokuskan untuk memulihkan semula ekonomi negara masing-masing berikutan kemorosotan ekonomi global, menstabilkan kembali rantaian bekalan makanan yang terganggu antara kedua-dua negara.

Disamping itu, kerjasama ini akan membantu rakyat masing-masing yang telah terkesan akibat krisis Covid-19 dan  memulakan perbincangan awal mengenai kuota haji tahun 2021 dimana perbincangan  ini akan merangkumi jumlah rakyat Malaysia yang dibenarkan mengerjakan umrah jika ia boleh dilaksanakan sebelum vaksin Covid-19 ditemui.

“Malaysia percaya, penubuhan Jawatankuasa ini berupaya membawa manfaat kepada kerajaan Malaysia dan Arab Saudi,

“Kita akan beri sepenuh komitmen demi memastikan setiap perancangan menerusi Jawatankuasa ini dapat dilaksanakan dengan sebaiknya, InsyaAllah,” katanya. -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat