Nasib PN ditangan UMNO – Mohamed Khaled

- Advertisement -

CYBERJAYA: Kedudukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sama ada kekal atau tumbang bergantung sepenuhnya kepada UMNO.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan bahawa partinya boleh menentukan jatuh bangun kerajaan PN, sama ada mengukuhkan atau mengambil keputusan untuk menumbangkannya.

“UMNO juga boleh bertindak bagi mempercepatkan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

“Tetapi itu adalah pilihan terakhir Umno kerana kedudukan pandemik yang melanda negara.

“UMNO tidak akan memperjudikan keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan umum demi suatu pilihan raya,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Mohamed Khaled berkata, keutamaan parti itu adalah membentuk kerajaan yang benar-benar boleh menguruskan negara yang berada dalam krisis.

Oleh sedemikian, katanya, UMNO mahu ia dihormati sebagai rakan sebenar dalam kerjasama politik dan bukannya sekadar penyeri kepada PN.

Tambahnya, kini, semua pilihan adalah di tangan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membuat keputusan.

“Beliau (Muhyiddin) memahami apa yang UMNO kehendaki dan beliau juga tahu apa yang UMNO mampu lakukan.

“Keutamaan UMNO ialah kepentingan terbaik Malaysia. Dan jika itu juga keutamaan Perdana Menteri, beliau sewajarnya melakukan sesuatu dengan segera untuk merungkai kegelisahan yang UMNO suarakan.

“UMNO akan sentiasa menyokong keputusan yang baik. Jadi, pamerkanlah kepimpinan yang ikhlas, yang boleh menukarkan ‘mutual respect’ menjadi ‘trust’ yang sebenar,” katanya.

Biro Politik UMNO sebelum ini membuat pertimbangan untuk menarik diri dari menyokong PN dan akan memberikan syarat baru bagi meneruskan kerjasama politik, secara perjanjian bertulis untuk dilaksanakan secepat mungkin.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat