Tun Faisal jawab Asyraf, UMNO juga terima wang dari Bersatu

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Bersatu, yang juga merupakan Bekas Timbalan Ketua UMNO Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz, tampil menjawab tuduhan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, yang mendakwa PAS meninggalkan Muafakat Nasional kerana menerima bantuan dana daripada Bersatu.

Dalam satu catatan di Facebook hari ini, Tun Faisal mendakwa UMNO juga pernah menerima bantuan kewangan daripada Bersatu ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

“Asyraf Wajdi mungkin ada masalah ingatan. Apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin memberikan dana dan menyediakan bantuan kepada calon-calon Perikatan Nasional (PN), ia membuktikan Tan Sri Muhyiddin menguruskan semua perbelanjaan pilihan raya secara tersusun dan teratur,” katanya.

Menurut Tun Faisal, bukan sahaja calon PN menerima dana, malah UMNO dan BN juga mendapat manfaat ketika berdepan PRN Sabah pada 2020.

“Waktu itu UMNO/BN tidak cukup dana untuk PRN. Tan Sri Annuar Musa minta bantuan, dan Tan Sri Muhyiddin bersetuju memberi RM10 juta. Dana itu disampaikan Setiausaha Politiknya, Datuk Budiman Mohd Zohdi, kepada pegawai-pegawai Datuk Seri Zahid Hamidi di Hotel Magellan, Sabah,” dakwanya lagi.

Tun Faisal menambah, ketika Bersatu menjadi kerajaan, Muhyiddin memberikan bantuan kepada semua pihak termasuk UMNO dan BN, meskipun mengetahui ada gerakan dalaman parti itu untuk menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Semua bantuan ini diberi secara senyap tanpa perlu menghina atau merendahkan sesiapa,” jelasnya.

Kenyataan Tun Faisal itu dipercayai sebagai reaksi balas terhadap tuduhan Asyraf Wajdi bahawa PAS meninggalkan Muafakat Nasional kerana faktor kewangan selepas menerima dana daripada Bersatu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat