HONOR Magic4 Pro lebih menyeluruh, sempurna

- Advertisement -

SEJAK bergelar syarikat bebas, HONOR melancarkan telefon mercu pertama mereka iaitu HONOR Magic4 Pro di Malaysia sejak Jun lalu.

Walaupun HONOR Magic4 Pro mempunyai ketidaksempurnaan, usaha HONOR dalam menyelesaikan masalah pengguna patut dipuji apabila mereka tampil dengan pakej kemas kini sistem operasi yang kerap serta sentiasa mengoptimumkan pengalaman pengguna.

Pengguna HONOR Magic4 Pro, Khor berpuas hati dengan komitmen HONOR dalam memberikan yang terbaik buat pengguna.

“Saya mendapat kemas kini sistem operasi setiap bulan, dan ini membuktikan pakar R&D HONOR sentiasa berusaha meningkatkan kestabilan sistem mereka.

“Saya dapat rasakan peranti saya lebih lancar dan lebih mudah untuk digunakan selepas setiap kali dikemas kini,” kata Khor.

Keupayaan pengimejan yang dinaik taraf

Dengan spesifikasi yang dinaik taraf, HONOR Magic4 Pro dilengkapi kamera utama 50MP, kamera ultra lebar 50MP dan kamera telefoto 64MP yang menyokong zum optik 3.5x, zum hibrid 10x. serta zum digital 100x.

HONOR Magic4 Pro turut tampil berbeza dengan mengekalkan kamera telefoto apabila semua jenama telefon pintar lain tidak lagi menggunakan kamera tersebut.

Selain itu, peranti ini juga dilengkapi teknologi fotografi Ultra Fusion yang menjadikan gambar kelihatan lebih jelas dan penuh butiran.

Skrin LTPO 1920Hz PWM Dimming pertama dalam industri

HONOR Magic4 Pro turut hadir dengan satu-satunya skrin LTPO 1920Hz PWM Dimming yang dapat mengurangkan bahaya ‘Flicker’ sekali gus melindungi mata pengguna.

Sebagai skrin tercanggih, LTPO sering digunakan pada telefon mercu namun kebanyakan jenama lain menggunakan PWM Dimming berfrekuensi rendah yang berisiko merosakkan penglihatan pengguna.

Tambahan, HONOR Magic4 Pro mempunyai satu-satunya fungsi panggilan privasi dalam industri selain turut mengekalkan fungsi privasi sebelum ini.

Bagi pengguna yang bimbang orang lain terganggu dengan bunyi dari peranti, HONOR menawarkan cara penyelesaian baharu yang inovatif bagi mengurangkan kebocoran bunyi iaitu fungsi AI Privacy Call.

Pengguna dapat menikmati panggilan telefon yang lebih privasi apabila tiada lagi kebocoran bunyi dari telefon dengan kedua-dua skrin dan speaker dilaraskan tepat ke telinga.

Orang ramai kini boleh mendapatkan HONOR Magic4 Pro dengan pelan Maxis Zerolution bermula dari RM55 sebulan*.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi Maxis berdekatan atau klik pautan ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat