Skrip Mat Kilau seperti dengar ceramah – netizen

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang kini ditayangkan di platform penstriman, Netflix sejak dua hari lalu mendapat reaksi negatif daripada penonton.

Lebih mengejutkan filem arahan Syamsul Yusuf itu turut menjadi tumpuan di Twitter dengan lebih 12,400 ciapan menggunakan kata kunci Mat Kilau.

Rata-rata penonton yang dikatakan baru kali pertama menonton filem itu  seakan-akan tidak berpuas hati dengan kualiti filem berkenaan.

Antara kritikan negatif yang ditinggalkan pengguna Twitter adalah kualiti sinematografi babak aksi yang dikatakan kucar-kacir.

Selain itu, ada juga yang berpandangan skrip yang digunakan di dalam filem itu kurang menarik dan kedengaran seperti ‘ceramah’.

“Tak sampai 10 minit aku terus tutup layan cerita anak aku kat YouTube,” kata seorang pengguna Twitter.

“Habis menonton Mat Kilau di Netflix. Aku bagi 3/10. Plot cerita sangat tak menarik. Babak permulaan yang orang kampung kena bunuh yang Elly (Elly Suriaty) jerit jerit tu je aku dah mula rasa ‘off’ tapi cuba bawa bertenang layan.. skrip ‘cringe’ . Aku tak percaya filem ini raih 80 juta,” tulis pengguna Twitter

“Filem apakah ini Mat Kilau. 10 minit pertama saya sudah berhenti menonton. Kalau saya nak dengar ceramah saya boleh membuat carian di YouTube kan?,” kongsi pengguna Twitter. .

Terdahulu, filem arahan Syamsul Yusof itu mencipta sejarah apabila menjadi filem dengan jumlah kutipan paling tinggi dalam sejarah perfileman negara.

Selepas 33 hari ditayangkan di pawagam Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan mengutip sebanyak lebih RM90 juta mengatasi filem Avengers: End Game yang mengutip RM87 juta.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat