PM 9 Pacu Negara Ke Landasan Yang Betul – UMNO Bahagian Alor Setar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Meskipun baru setahun Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memimpin negara namun pelbagai usaha dan kejayaan sudah dapat dirasai oleh rakyat Malaysia.

Sempena setahun pentadbiran Perdana Menteri, UMNO Bahagian Alor Setar menitipkan ucapan tahniah kerana Ismail Sabri telah berjaya memperbaiki semula situasi negara ke landasan yang betul.

“Tahniah Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob setahun memimpin negara keluar dari kemelut pandemik Covid-19 dan ketidakstabilan politik yang berpanjangan.

“Walaupun seusia setahun kepimpinan beliau pelbagai usaha dan kejayaan sudah dapat dirasai oleh rakyat Malaysia.

“Keadaan ekonomi yang tidak menentu selepas negara diperintah oleh Pakatan Harapan (PH) serta ditambah dengan krisis pandemik Covid-19 menjadi cabaran yang besar Perdana Menteri kesembilan untuk membetulkan semula situasi bagi membawa negara ke landasan yang betul semula,” katanya.

UMNO Bahagian Alor Setar juga berkata, setiap masalah ditangani dengan bijaksana dan berani, seperti menangani kenaikan harga ayam dan barang keperluan, beliau mengambil tindakan tegas melarang eksport ayam yang menyebabkan penurunan harga ke paras yang berpatutan serta jihad memerangi orang tengah.

Bahkan katanya, keadaan sosial rakyat juga semakin stabil dengan konsep Keluarga Malaysia yang diterapkan oleh beliau, perasaan curiga sesama kaum yang meruncing sejak PH menjadi kerajaan kini semakin reda.

“Ekonomi negara juga semakin memulih apabila mencatatkan KDNK 8.9 peratus yang tertinggi antara negara-negara Asean.

“Pelaburan luar juga semakin meningkat dengan mencatat nilai RM74.1billion dalam tempoh 9 bulan beliau memegang jawatan Perdana Menteri, memberi gambaran keyakinan semula pelabur luar terhadap negara kita.

“Kini, negara sedang bergerak di atas landasan yang betul untuk meneruskan kemajuan bagi membina semula bangsa menuju sebuah negara yang lebih stabil dan makmur walaupun banyak lagi yang perlu dibetulkan,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat