Sukan SEA: Vietnam Dijangka Beri Cabaran Sengit – PSM

PGA9 Rampas 40 Kambing Seludup

TUMPAT: Kelibat beberapa individu sedang memindahkan sesuatu objek ke dalam lori, rupanya penyeludup sejumlah kambing yang baharu dinaikkan ke tebing sungai. Intipan dibuat sepasukan anggota...

Pusat Penilaian COVID-19 Selaras Hospital Awam, Swasta Dijangka Mula Operasi Minggu Depan

PUTRAJAYA: Pusat penilaian COVID-19 dijangka memulakan operasi minggu depan untuk menyelaras serta mengintegrasi hospital awam dan swasta dalam menguruskan kes pandemik berbahaya itu di...

4 Beradik Larikan Mayat Bapa Dikhuatiri Pesakit COVID-19 Ditahan

LAHAD DATU: Empat beradik yang bertindak melarikan mayat bapa mereka yang dikhuatiri positif COVID-19 dari Hospital Lahad Datu ditahan polis di sebuah rumah di...

AirAsia Mahu Kumpul RM454.51 Juta Melalui Tawaran Saham Persendirian

KUALA LUMPUR: AirAsia Group Bhd bercadang untuk melaksanakan tawaran saham persendirian sehingga 20 peratus daripada 3.34 bilion saham sedia ada bagi mengumpul kira-kira RM454.51...

Vaksinasi COVID-19 Penting Untuk Selamatkan Nyawa

KUALA LUMPUR - Vaksin COVID-19 amat penting dalam mengurangkan kadar kematian dan morbiditi pandemik itu, terutama dalam kalangan warga emas dan kumpulan yang berisiko...

KUALA LUMPUR – Tuan rumah Sukan SEA ke-31, Vietnam dijangka memberikan cabaran sengit dalam kedua-dua kategori, lelaki dan wanita bagi acara sepak takraw pada temasya sukan dwitahunan itu.

Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) Datuk Seri Ahmad Ismail berkata ia berikutan di kala skuad wanita Vietnam sudah menjadi pencabar pingat bersama Thailand, skuad lelaki negara itu juga sedang menunjukkan peningkatan untuk menjadi pencabar utama kepada Thailand, Malaysia dan Indonesia.

“Difahamkan lebih kurang lapan acara dicadangkan untuk dianjurkan di Hanoi, tahun depan. Acara seperti regu berpasukan, regu, team double, double, team quadrant, quadrant, hoop dan acara campuran bakal dipertandingkan, tetapi belum ada pengesahan (manakala chinlone juga dirayu untuk dimasukkan).

“Pada Sukan SEA lalu, pasukan wanita kita mampu memberi saingan sengit kepada Vietnam sebelum tewas kerana kesilapan sendiri. Tetapi kita tidak boleh memandang rendah pasukan lelaki Vietnam yang sedang menunjukkan peningkatan, lebih-lebih lagi apabila menjadi tuan rumah. Difahamkan pada waktu COVID-19 pun mereka berlatih siang dan malam,” katanya kepada Bernama.

Pada Sukan SEA 2019 di Filipina, Malaysia membawa pulang dua pingat perak menerusi acara regu lelaki dan regu berpasukan lelaki serta gangsa melalui regu wanita daripada enam acara dipertandingkan, manakala pada edisi 2017 di Kuala Lumpur, Malaysia meraih dua emas, tiga perak dan enam gangsa daripada 12 acara.

Mengulas lanjut mengenai persediaan ke Sukan SEA 2021 dan Sukan Asia 2022 di China, Ahmad berkata pihaknya akan menentukan sasaran dan perancangan yang lebih rapi selepas menganalisis tahap kekuatan dan kelemahan skuad negara berbanding pasukan lawan.

“Kita memerlukan sekurang-kurangnya satu kejohanan antarabangsa untuk menilai kerana kejohanan dan latihan tertangguh akibat pandemik COVID-19. Berdasarkan kejohanan, pengarah teknikal kita (Abdul Talib Ahmad) dan barisan jurulatih akan bertanggungjawab merangka strategi dan memperbaiki kelemahan yang dikenal pasti,” katanya.

Sementara itu, Ahmad berkata buat pertama kali, PSM bakal menubuhkan skuad B (pelapis) wanita pada Januari 2021 dalam usaha meningkatkan prestasi pemain menerusi persaingan sihat apabila adanya lebih banyak kumpulan pemain.

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Dr Mahathir sedia kerjasama dengan UMNO dengan satu syarat

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan keterbukaannya untuk menjalin kerjasama dengan bekas parti yang dipimpinnya iaitu UMNO...

Pesawat Milik Syarikat Penerbangan Pakistan Ditahan Di KLIA

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) mengesahkan sebuah pesawat milik Pakistan International Airlines (PIA) ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini. MOT...

Tahanan Dirogol Di Dalam Lokap, Dua Anggota Polis Miri Digantung Tugas

KUCHING: Polis Sarawak menggantung tugas dua anggotanya selepas seorang gadis bawah umur mendakwa dirogol seorang tahanan lain, ketika ditahan di dalam lokap tahanan Balai...

Berita Berkaitan

Lampard Rancang Had Sambutan Gol

LONDON: Frank Lampard mendedahkan dia akan memberitahu bintang Chelsea supaya tidak meraikan jaringan dalam latihan selepas wujud kebimbangan berpelukan dalam kumpulan boleh menyebarkan COVID-19. Ketua...

Terbuka Thailand : Daren Kecewakan Pemain Nombor Tiga Dunia

KUALA LUMPUR - Pemain perseorangan Liew Daren melakukan kejutan terbesarnya di Terbuka Thailand, apabila menewaskan pemain nombor tiga dunia Andes Antonsen dari Denmark pada...

Ujian Rasmi Musim Sejuk MotoGP Di Sepang Dibatalkan

KUALA LUMPUR: Ujian rasmi musim sejuk Kejohanan Dunia MotoGP 2021 yang sepatutnya berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dari 19 hingga 21 Feb depan...