PRN Sabah: SPR Panjangkan Masa Pengundian

- Advertisement -

CYBERJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan dipanjangkan masanya dari jam 7.30 pagi hingga 5.00 petang.

Timbalan Pengerusi SPR, Dr. Azmi Shahrom berkata, SPR mensasarkan 70% pengundi keluar menunaikan tanggungjawab. Dengan memanjangkan masa pengundian tersebut, ianya dapat memberi peluang pengundi pergi ketempat pembuangan undi yang ditetapkan.

Berkaitan keputusan PRN Sabah terbatal atau tidak, Dr. Shahrom menjelaskan SPR akan teruskan PRN selagi tiada arahan daripada Mahkamah. Keputusan adakah PRN Sabah diteruskan atau terbatal akan diketahui pada hari jumaat ini, jelasnya lagi.

PRN ini juga termaktub SOP pilihan raya, SPR akan merangkanya bersama Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara dalam masa terdekat, katanya.

” SPR akan melihat kepada prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19 yang dilaksanakan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Chini dan Slim, dalam merangka serta melaksana SOP pencegahan penyakit itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah nanti.

“Langkah-langkah untuk pencegahan covid akan diamalkan ketika PRN nanti, penjarakan fizikal dan pengunaan “sanitizer” akan diwajibkan ketika membuang undi, ujarnya.

SPR telah menetapkan 26 September depan sebagai tarikh pengundian bagi PRN Sabah, manakala penamaan calon bagi pilihan raya berkenaan ditetapkan pada 12 September depan dan tarikh pengundian awal adalah pada 22 September melibatkan lebih 1.12 juta pengundi.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat