Ibu Muda 23 Tahun, Ditemui Mati Dgn Semua Giginya Dicabut

- Advertisement -

AMERIKA SYARIKAT: Seorang ibu muda kepada dua anak, ditemui diseksa hingga mati dengan semua giginya dicabut, sehari selepas dia dilaporkan hilang.

Lizbeth Flores telah melintasi sempadan AS ke Mexico tetapi ibunya yang bimbang melaporkan kepada polis setelah dia gagal pulang ke Texas pada malam itu.

María Rubio mengatakan bahawa anak perempuannya pergi ke bandar sempadan Matamoros pada 9 Ogos dan mengatakan bahawa dia akan kembali ke Brownsville pada hari yang sama.

Laporan orang hilang kemudian diajukan oleh Rubio ke Jabatan Polis Brownsville pada 10 Ogos sebelum mayat Flores ditemui pada keesokan harinya.

Menurut laporan, Flores telah melakukan lawatan ke bandar tersebut untuk mengunjungi kekasihnya. Tubuhnya menunjukkan tanda-tanda bahawa dia telah diseksa.

Penyiasat mengatakan bahawa dia mati setelah dipukul dengan batu yang dijumpai di tempat kejadian, sementara bahagian kulit kepala dan giginya telah dikeluarkan.

Mayatnya juga dikatakan dipenuhi dengan lebam-lebam. Rubio berkata bahawa dia dihantui oleh bayangan kesakitan yang mesti dilalui oleh anak perempuannya dan berharap dapat membawa pulang mayatnya.

Dia memberitahu agensi berita Telemundo: “Kehilangan anak adalah seperti membuat hati anda dicabut keluar”.

“Saya merasa sangat sedih dengan apa yang mereka lakukan terhadap anak perempuan saya. Bagaimana mereka meninggalkannya (dengan keadaan seperti itu, adalah apa yang menyakitkan saya. Kesakitan yang dilalui oleh anak perempuan saya ketika itu paling menganggu saya.”

Tidak ada tangkapan yang diumumkan, sementara FBI difahamkan terlibat dalam kes tersebut. Flores adalah lulusan Sekolah Tinggi Los Fresnos dan meninggalkan dua orang anak – Daily Mirror.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat