Australia Larang Main Rekoder, Koir Sekolah

- Advertisement -

SYDNEY: Larangan memainkan rekoder dan koir sekolah akan dikuatkuasakan di negeri yang paling ramai penduduk itu, dalam usaha membendung penularan COVID-19, kata pihak berkuasa pada Isnin.

Dengan jangkitan melanda beberapa sekolah di Sydney, pihak berkuasa di New South Wales bertindak melarang aktiviti koir dan konsert bermula Rabu.

“Semua kumpulan nyanyian dan/atau aktiviti lantunan suara lain, dan penggunaan alat muzik yang ditiup dalam tetapan kumpulan, adalah tidak dibenarkan,” kata pihak berkuasa pendidikan tempatan.

Ia termasuk rekoder, pengenalan kepada permainan alat muzik bagi kanak-kanak kecil, manakala menari juga akan dilarang.

“Majlis rasmi sekolah, tarian, majlis graduasi atau acara sosial lain tidak dibenarkan,” kata Jabatan Pendidikan New South Wales.

Walaupun sekolah awam di Sydney dan New South Wales sudah dibuka semula selepas perintah berkurung awal, pihak berkuasa berkata, langkah baharu itu akan membantu mereka beroperasi secara paling selamat yang mungkin.

Australia ketika ini sedang bergelut untuk membendung kes COVID-19 selepas hampir tiada jangkitan tempatan selama beberapa bulan.

Bandar kedua terbesar negara itu, Melbourne, sedang dalam perintah berkurung dan masih melaporkan ratusan kes baharu setiap hari, walaupun jumlahnya sedang berkurangan.

Kebanyakan jangkitan di Melbourne dikaitkan dengan rumah penjagaan warga emas, yang mana kadar kematian meningkat susulan jumlah kes yang memuncak sejak dua minggu lalu.

Australia merekodkan lebih 23,000 kes baharu COVID-19 dan 421 kematian akibat wabak itu setakat ini. – AFP

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat