Tiada ‘show’, Aru potong rambut ‘dreadlock’ selepas 26 tahun

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Selepas 26 tahun menyimpan rambut panjang gaya ‘dreadlock’ hingga paras buku lali, penyanyi Aru Peruzza, 56, tidak menyesal apabila membuat keputusan untuk memotongnya semalam.

Aru atau nama sebenarnya Piruzzaman Azizan yang cukup dikenali menerusi kumpulan Koffin Kanser dan Republic Of Brickfields berkata, keputusan itu dibuat kerana tiada tawaran menyanyi.

“Sudah lebih setahun satu tawaran persembahan pun tiada. Saya sekarang hanya termenung di rumah. Daripada serabut fikir, saya buang mana-mana yang ada pada saya.

“Boleh dikatakan saya melalui kehidupan baru yang segar sekarang. Rasa lega dapat buang benda-benda lama. Bayangkan 26 tahun rambut ini bersama saya. Panjangnya lebih dua meter!

“Jadi susah senang dengan saya dan beban itu pun dia tanggung. Rambut baru saya sekarang hanya paras dada,” katanya kepada Harian Metro.

Aru menganggap apa yang dilakukannya satu penghijrahan dan dia kini boleh melakukan benda baharu dalam hidupnya.

Aru berkata, dia menyimpan rambut begitu untuk kerjaya seninya.

“Orang seni ada unsur eksentrik, artistik dan seperti kanvas kehidupan. Orang tengok saya pun sebagai satu kerja seni atau ‘artwork’.

“Walaupun tak menyanyi, imej saya jadi satu nilai seni untuk orang tengok. Namun, apabila semua aktiviti pun tak boleh jalan sekarang, ia jadi satu beban.

“Sebenarnya sejak enam atau tujuh tahun dulu saya sudah terfikir untuk melakukannya. Jadi, semalam adalah masa yang tepat untuk saya potong,” katanya yang memotong sendiri rambutnya.

Aru berkata, bapanya turut bertanya kenapa dia memotong rambut sedangkan selama ini dia yang bertanya bila Aru mahu memotong rambut.

“Apabila sudah potong, lain pula jadinya,” katanya.

Aru berkata, dia tidak pernah ambil peduli pandangan masyarakat terhadapnya selama ini dan memohon Allah agar menerima amalannya.

Dalam perkembangan lain, Aru baru selesai menghasilkan program DKD Muzik Pakej Rangsangan Industri Kreatif Malaysia (Prisma).

“Saya menyanyikan dua lagu iaitu Love Song (The Cure) dan Hang Pi Mana (Khalifah) yang diubah kepada rentak reggae. Saya juga sedang hasilkan album terbaru yang memuatkan lima lagu. Cuma saya tunggu dana yang disediakan kerajaan untuk menyiapkannya,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat