Menteri Agama saman fitnah Abu Hafiz

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar memfailkan saman fitnah terhadap seorang pensyarah UIA di Mahkamah Tinggi Shah Alam minggu lalu.

Mohd Na’im selaku plaintif, memfailkan saman melalui firma guaman Tetuan Akberdin & Co, pada 14 Jun lalu dengan menamakan Dr Abu Hafiz Salleh Hudin selaku defendan tunggal.

Berdasarkan dokumen tuntutan, plaintif mendakwa defendan telah mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah di aplikasi X dan Facebook, sejak penghujung 2024.

Menurutnya, kenyataan itu membawa maksud plaintif merupakan seorang pemimpin yang angkuh dan sombong, selain enggan menerima pandangan orang lain dalam membuat keputusan berkaitan agama.

Katanya, ia menyebabkan dasar dan inisiatif kerajaan menjadi bahan ejekan dan ditolak oleh sebahagian ahli Parlimen.

“Pada 6 Mei lalu, defendan atau wakilnya telah memuat naik, menyiarkan, menerbitkan dan menyebarkan satu rakaman ‘podcast’ di Facebook menggunakan akaun dikenali Iswardy Morni Utama.

“Defendan mempunyai niat jahat untuk menyebabkan ketidakharmonian dalam masyarakat dengan memfitnah saya,” katanya lapor Sinar Harian.

Sehubungan itu, Na’im menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan dan memohon injunksi supaya defendan memadamkan posting berkenaan selain menghalangnya daripada disiarkan semula.

Dalam pada itu, mahkamah menetapkan pengurusan kes, di hadapan Timbalan Pendaftar, Norliza Hussin pada 8 Julai depan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat