Usahawan Kosmetik, Suami Mengaku Tidak Bersalah Cederakan Anak

- Advertisement -

PASIR MAS: Seorang usahawan kosmetik bersama suaminya yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Khamis mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan kepada anak perempuannya berusia 16 tahun tiga bulan.

Tertuduh, Nurul Atikah Hanafi, 33, atau lebih dikenali sebagai Ika Ekora dan suaminya, Mohd Hairie Razali, 33, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Yusoff Abdullah.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Hakimie Ab Hadi manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam, Muhammad Hasif Hassan.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa telah menyebabkan kecederaan kepada anak perempuannya.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Kampung Pauh, di sini pada 14 Jun lalu, jam 4.30 petang.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mohd Hakimie tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap kedua-dua tertuduh.

Bagaimanapun, Muhammad Hasif dalam rayuannya memohon supaya kedua-dua anak guamnya diberikan jaminan berikutan Nurul Atikah sedang hamil lima bulan.

Katanya, kedua-dua tertuduh telah memberikan kerjasama yang baik apabila menyerah diri kepada pihak polis dan menetap di Pasir Mas.

Mahkamah kemudian membenarkan ikat jamin sebanyak RM9,000 untuk setiap tertuduh dengan seorang penjamin selain kedua-dua tertuduh perlu melaporkan diri di Balai Polis Pasir Mas dua kali sebulan.

Mahkamah turut menetapkan 18 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sinar Harian Online pada Rabu melaporkan, usahawan kosmetik kontroversi didakwa memukul anak perempuannya yang berusia 16 tahun selepas berang berhubung status di aplikasi WhatsApp, dalam kejadian di Kampung Pauh, di sini pada Selasa.

Status itu didakwa mengungkit mengenai soal harta selain turut memarahi remaja berkenaan kerana tidak bekerja difahamkan menjadi punca kepada insiden berkenaan.

Dalam kejadian pada jam 4.30 petang itu, remaja berkenaan dipercayai turut dipukul oleh bapa tirinya yang berusia 33 tahun.

– Sinar Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat