Covid-19: Amerika Syarikat Peruntuk As$3.2 Bilion Bangunkan Pil Antiviral

- Advertisement -

WASHINGTON: Amerika Syarikat akan memperuntukan AS$3.2 bilion dalam usaha untuk membangunkan pil antiviral bagi merawat COVID-19.

Menurut Pengarah Institut Penyakit Berjangkit Amerika Syarikat, Dr Anthony Fauci, peruntukan dana itu merupakan sebahagian daripada program antiviral dalam membendung pandemik.

Ia bagi merawat gejala apabila dijangkiti virus berbahaya seperti koronavirus.

“Vaksin merupakan senjata utama dalam usaha memerangai COVID-19. Namun, penting untuk membangun antiviral bagi menyokong vaksin terutamanya bagi individu yang berisiko tinggi di mana vaksin sahaja tidak dapat memberi perlindungan sepenuhnya.

“Program ini akan menghimpunkan para saintis dan pemain industri untuk mempercepatkan pembangunan ubat antiviral baharu. Ia juga disasarkan untuk merawat pandemik lain,” jelasnya.

Kata Fauci bagaimanapun, ubat antiviral yang boleh merawat simptom selepas dijangkiti sedang dibangunkan.

Ia dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir tahun ini dan ia adalah berdasarkan kepada keputusan ujian klinikal.

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat