Kasihan Pada Pengguna, Barang Makan Naik harga!

- Advertisement -

SEREMBAN: Pengguna mula mengeluh apabila harga barangan makanan asas seperti beras, ikan dan sayur-sayuran didapati berlaku kenaikan sejak beberapa minggu lalu.

Pengerusi Persatuan Penjaja, Peniaga dan Pengusaha Kecil Negeri Sembilan (PPPKNS) Cawangan Seremban, Mohamad Yusoff mendakwa, pihaknya menerima aduan pengguna berhubung kenaikan harga barangan makanan berkenaan antara 15 hingga 20 peratus.

Katanya, kenaikan itu dikesan mula berlaku sejak awal bulan ini, sekali gus dilihat memberi impak kepada sebahagian pengguna yang terjejas susulan sekatan pergerakan penuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kenaikan barangan makanan asas ketika ini bukan sahaja berlaku terhadap minyak masak botol 5 kilogram yang heboh diperkatakan tetapi juga terhadap barangan lain terutama beras, ikan dan sayur-sayuran.

“Walaupun kenaikan barangan itu hanya sekitar antara 15 hingga 20 peratus, namun ia memberi kesan kepada sebahagian besar pengguna terutama kalangan mereka yang terjejas sumber pendapatan akibat sekatan pergerakan penuh PKP ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat