Polis akan panggil Takiyuddin, aduan persenda Agong

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Polis akan memanggil Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, untuk membantu siasatan berhubung kenyataannya yang didakwa mempersenda Yang di-Pertuan Agong.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata tindakan itu diambil susulan laporan terhadap Takiyuddin yang diterima polis.

“Sesiapa yang lakukan hasutan atau timbulkan perasaan kurang senang, bila ada aduan atau laporan yang diterima, polis akan siasat.

“Tiada darjat mengenai hal itu, semua yang ada laporan kita panggil untuk siasatan,” katanya dalam sidang media Rangkuman Operasi Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Sekatan Pergerakan Penuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), memetik Berita Harian pada Jumaat.

Terdahulu, Pemuda Pakatan Harapan (PH) membuat laporan polis terhadap kenyataan Takiyuddin yang didakwa mempersenda Yang di-Pertuan Agong.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah, sebelum ini menzahirkan pandangan persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin bagi menangani COVID-19 dan menyelamatkan ekonomi negara.

Takiyuddin ketika Bicara Harakah bertajuk ‘Proklamasi Darurat: Berjaya Atau Sebaliknya’ yang disiarkan secara maya malam kelmarin berkata, pandangan dizahirkan Yang di-Pertuan Agong supaya persidangan Parlimen diadakan secepat mungkin tidak memperincikan bila ia perlu diadakan.

“Perkataan digunakan dalam kenyataan Yang di-Pertuan Agong adalah ‘persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin’.

“Yang di-Pertuan Agong pun tidak menitahkan supaya persidangan Parlimen perlu diadakan pada bulan tertentu, sebaliknya secepat mungkin.

“Perdana Menteri kata pun September atau Oktober. Sekarang kita dah hampir penghujung Jun. Selepas ini Julai, Ogos, September…sudah hampir. Pasti persidangan akan diadakan,” katanya dalam siaran langsung berkenaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat