221,706 pemberian dos vaksin pada Khamis – JKJAV

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: SASARAN angka lebih 200,000 bagi suntikan harian vaksin COVID-19 terus mencatatkan prestasi memberangsangkan.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), negara mencatat 221,706 dos pemberian vaksin harian pada 17 Jun.
Ia membabitkan 177,876 dos pertama, manakala baki 43,830 untuk dos kedua.

Menurut JKJAV, pencapaian itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin seluruh negara setakat ini ialah 5.33 juta dos.
Jumlah kumulatif penerima vaksin dos pertama ialah 3.81 juta, manakala mereka yang sudah lengkap dos kedua ialah 1.52 juta.

Negeri yang catat penerima vaksin tertinggi ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan lebih 786,000 dos, diikuti Selangor dengan lebih 775,000 dos.

Negeri lain yang mencatat jumlah tinggi termasuk Sarawak dengan lebih 657,000 dos serta Johor dengan lebih 503,000 dos.

-Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat