20 Ketua Bahagian Bersatu Johor Ikrar Sokong Muhyiddin

PM Beri Jaminan Cadangan Bantuan JKM RM1,000 Akan Disegerakan

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan cadangan menaikkan kadar bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada RM1,000 sebulan berbanding RM200...

Vaksin Covid-19, Minat Pelabur Dorong Kenaikan Di Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR - Keyakinan berterusan terhadap vaksin COVID-19 dan minat risiko yang bertambah baik telah membantu Bursa Malaysia ditutup di paras tertingginya dalam tempoh...

Najib Gesa Permudahkan Proses, Pencarum Marah Syarat Ketat i-Sinar KWSP

CYBERJAYA - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa kerajaan mempermudahkan proses pengeluaran skim i-Sinar dari Akaun 1 KWSP susulan kemarahan ramai...

Bekas AG Tuntut Ganti Rugi RM2.3 Juta, Mahathir Nafi Salah Guna Kuasa Pecat Apandi

KUALA LUMPUR - Tan Sri Mohamed Apandi Ali mendakwa, Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai pandangan negatif dan membencinya sehingga mendorong kepada penamatan khidmat beliau...

Agong Berkenan Tinjau dan Sertai Operasi SAR

TEMERLOH - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mencemar duli meninjau dan menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR)...

JOHOR BAHRU – Sebanyak 20 Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor malam tadi menyatakan sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden dan Pemangku Pengerusi parti itu serta sebagai Perdana Menteri Malaysia kelapan.

Sokongan mereka itu dimaklumkan dalam kenyataan yang dikeluarkan malam ini selepas mesyuarat khas Bersatu Johor di ibu pejabatnya di Kempas di sini.

Terdahulu, mesyuarat itu dihadiri 20 daripada 26 Ketua Bahagian Bersatu Johor.

Mesyuarat khas itu turut menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai bekas Pengerusi Bersatu dan Perdana Menteri ketujuh.

Mereka turut menyatakan penghargaan kepada empat lagi Ahli Parlimen Bersatu iaitu Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Jerlun); Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muar); Dr Maszlee Malik (Simpang Renggam) dan Datuk Amirudin Hamzah (Kubang Pasu).

Keahlian mereka dan Dr Mahathir, yang juga Ahli Parlimen Langkawi, telah terhenti serta-merta menurut peruntukan Fasal 10.2.2 dan 10.2.3 perlembagaan parti.

Bersatu Johor juga berharap agar ahli-ahlinya akan terus kekal setia dan mengukuhkan parti di peringkat bahagian masing-masing.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Tewas lagi, adakah Ketua Pembangkang akan letak jawatan?

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM). Keputusan diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat,...

Berita Berkaitan

Gagal Tolak Belanjawan 2021, Amanah Gesa Pembangkang Berunding

KUALA LUMPUR - Pemuda Amanah menyeru kesemua fraksi oposisi daripada Amanah, PKR dan DAP (yang membentuk Pakatan Harapan) bersama Warisan, UPKO, PSB, MUDA dan...

Baru umur 57 tahun, pemimpin DAP umum bersara

CYBERJAYA: Seorang wakil rakyat DAP dan juga pemimpin parti itu, Datuk Teng Chang Khim mengumumkan persaraannya ketika baru berusia 57 tahun. Selain tidak akan mempertahakan...

Undian Peringkat Jawatankuasa Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Lulus

CYBERJAYA: Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat Jawatankuasa Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi diluluskan oleh Dewan Rakyat sebentar tadi. Pada sesi undian ini, keputusan...