Datuk, Tan Sri, Sudah-sudahlah Berpolitik – Bront Palarae

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pelakon dan penerbit, Bront Palarae mengingatkan ahli politik agar berhenti mempergunakan rakyat sebagai alat dalam perebutan kuasa.

Beliau menerusi ciapan di laman Twitternya hari ini berkata, rakyat hari ini sudah jemu dengan kemelut politik yang berlaku dalam Negara sejak akhir-akhir sehingga rakyat menjadi mangsa.

“Datuk-Datuk dan Tan Sri-Tan Sri, sudah-sudahlah berpolitik. Kami semua di bawah ni dah jelik dengan sembelit politik kalian.

“Kalian punya jongkang jongkit, kami yang tersepit. Kalian kata kalian berkorban, tapi hakikatnya kami yang terkorban,” katanya.

Bront turut memuat naik pautan berita berkenaan kadar pengangguran yang saban meningkat sejak bulan April lalu.

Dalam ciapan tersebut juga, Bront atau nama sebenarnya Nasrul Suhaimin Saifuddin berkata, rakyat harus memilih wakil rakyat berdasarkan calon yang betul-betul membuat kerja bagi rakyat yang diwakili.

Ia bagi mengubah cara mengundi sebelum ini yang berdasarkan kepada parti atau logo politik semata-mata.

“Dah sampai masa kita ubah daripada pangkah ikut lambang ke pangkah orang yang nak berkhidmat di kawasan kita.

“Kalau parti letak salah calon, biar parti hadap kesan dari mainan politik mereka sendiri.
“Rakyat bukan boneka, rakyat bukan daun terup,” ciapnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,578FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat