Annuar Kesal dan Sedih Nasib KAFA

Buktikan suara BN kuat, luluskan pengeluaran KWSP, lanjut moratarium

KUALA LUMPUR - Menteri Kabinet dari blok Barisan Nasional (BN) harus memastikan isu moratarium automatik dan pengeluaran one off sebanyak RM10,000 daripada Akaun 1...

Anggap Malaysia negara sahabat baik, China akan beri keutamaan vaksin COVID-19 – Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Malaysia telah disenaraikan sebagai negara yang akan diberi keutamaan untuk menerima vaksin COVID-19 daripada China,  kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Muhyiddin berkata...

Belanjawan Johor 2021: Pengurusan sumber air diperkasa

KUALA LUMPUR – Johor amat komited untuk menjamin kualiti air bersih demi kelangsungan hidup rakyat oleh itu, kerajaan negeri bersetuju untuk membangunkan infrastruktur pengurusan...

Agong perkenan anugerah pingat PGB kepada dua anggota PGA

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah, berkenan menganugerahkan pingat Panglima Gagah Berani (PGB) kepada mendiang Sarjan Baharuddin Ramli...

“Cuti Daripada Terajui UMNO Zahid Rasa Seolah-Olah Bernafas Dalam Lumpur”

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahidi mendedahkan beliau pernah cuba memberikan tanggungjawab Presiden UMNO kepada orang lain tetapi parti itu tidak menjadi...

Sebagai orang Kelantan, Annuar Musa mengakui beliau sedih dengan nasib Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) yang berdepan masalah kemerosotan prestasi dan terpalit dengan isu hutang.

Menteri Wilayah Persekutuan itu yang memimpin Kafa selama lapan tahun (2008-2016), berkata walaupun tidak bersama lagi dengan pasukan tersebut, beliau tetap membantu Kafa secara senyap.

“Sampai sekarang saya membantu, tahun ini tanpa publisiti… Tahun lalu bantu mereka lunaskan caruman KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja), dua tahun lepas pun saya bantu. Sebagai orang Kelantan, sudah pasti saya bantu pasukan negeri saya.

“Sekarang saya Menteri Wilayah Persekutuan, jadi KLFA (Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur) pun kena tengok juga. Tetapi buat masa ini, kedua-duanya saya tak masuk campur, nak tumpu pada urusan di kementerian, jaga gelandangan dahulu,” katanya.

Antara kejayaan pada zaman kegemilangan skuad ‘The Red Warriors’ di bawah pimpinan Annuar ialah memenangi treble pada 2012 iaitu muncul sebagai juara Liga Super, Piala Malaysia dan Piala FA.

KAFA berdepan masalah serius apabila Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengarahkan mereka menyelesaikan tuntutan tunggakan gaji bekas pemain importnya, Cassio Francisco de Jesus, Bruno Lopes dan Alaeddine Bouslimi yang berjumlah lebih RM920,000.

Sementara itu, susulan kemelut beberapa pasukan bola sepak dalam saingan Liga-Malaysia (Liga-M) yang masih berpalit dengan isu hutang dan tunggakan gaji, Annuar mengulangi cadangannya agar had gaji pemain ditetapkan.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu berkata penetapan had gaji merupakan antara cara untuk menjaga kemampanan sukan bola sepak negara dengan mengelak peningkatan kos secara mendadak.

“Sekarang ini terjadi begitu kerana pada satu peringkat, kita biarkan bola sepak itu jadi kos tinggi. Bila jadi terlalu mahal, tak boleh ‘sustain,’ bila tak boleh ‘sustain’ jadi terhutang. Bila terhutang, terjadilah seperti apa yang jadi seperti Perlis, Kelantan beberapa pasukan lagi yang menghadapi masalah.

“Kita ada model di negara seperti Jepun dan Australia yang mana gaji pemain tak boleh bebas begitu sahaja, sesetengah negara buat konsep ‘capping,’ setengah negara ada konsep ‘marquee players’… Ada pelbagai cara, yang penting liga nasional hendaklah dikawal selia dengan sewajarnya.

“Ia supaya tidak jadi sesetengah pasukan terlalu hebat sebab ada keupayaan kewangan, sesetengah pasukan terpaksa bergelut, akhirnya liga jadi tak menarik kerana dah tahu kalau lawan dengan pasukan itu, mereka akan menang,” katanya pada sidang media semalam.

Mengulas lanjut, Annuar berkata FAM mempunyai kaedah untuk mencari jalan penyelesaian bagi membantu ahli gabungannya yang bermasalah terutama ketika berdepan pandemik Covid-19.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Dakwaan PAS Tolak Umno Tanpa Bersatu Tidak Tepat – Asyraf Wajdi

CYBERJAYA: Dakwaan mengatakan Pas tidak akan bersama UMNO tanpa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sebagai rakan sekutu tidak tepat, kata Ketua Pemuda UMNO Datuk...

Covid-19: Menteri saran industri perkahwinan tukar bidang

KUALA LUMPUR- Pemain industri perkahwinan yang terkesan susulan prosedur operasi standard (SOP) ketika negara dilanda pandemik Covid-19 disaran bertukar kepada bidang perniagaan lain yang...

Syed Saddiq kenapa naik bot bendera BN?

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membuktikan beliau pemimpin berjiwa besar tanpa memilih ideologi politik rakyat untuk dibantu. Dalam catatan...

Berita Berkaitan

Maradona Si Pemilik ‘Tangan Tuhan’ Meninggal Dunia

CYBERJAYA: Legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona meninggal dunia akibat serangan jantung di kediamannya di Tigre, lapor Daily Mirror. Maradona, 60, menjalani pembedahan membuang darah...

Legenda Bola Sepak Diego Maradona Meninggal Dunia – Laporan

Legenda bola sepak, Diego Maradona dilaporkan meninggal dunia pada usia 60 tahun. Agensi berita BBC melaporkan, bekas pemain tengah dan pengurus pasukan Argentina itu mengalami...

Sedia Berbaik Semula, Syaratnya Muhyiddin Perlu Tolak UMNO – Mahathir

KUALA LUMPUR - Jika kena ‘caranya’, tidak mustahil akan berbaik-baik semula dengan Perdana Menteri, akui Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai hubungannya dengan Tan Sri...