Subsidi Bersasar RON95, Diesel Mula Tahun Depan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pemberian subsidi bersasar bagi RON95 dan diesel bakal dilaksanakan kerajaan seawal tahun depan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, insentif berkenaan akan dimulakan dengan bekalan diesel.

“Mungkin tahun depan (subsidi bersasar bagi RON95 dan diesel).

“Kita bincang semalam dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dan kita akan bermula dengan diesel,”katanya kepada pemberita ditemui selepas Majlis Perasmian Pameran dan Persidangan Francais Antarabangsa Malaysia 2023 (FIM2023) pada Khamis.

Menurut Salahuddin, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bersama beberapa kementerian lain sedang menyiapkan pangkalan data dalam usaha memuktamadkan mekanisme pelaksanaan subsidi bersasar bagi petrol dan diesel.

“Sekarang ini kami bersama beberapa termasuk Kementerian Ekonomi, Kementerian Kewangan, Kementerian Pengangkutan dan juga Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sedang menyiapkan satu pengkalan data padu untuk membuat penyelarasan data-data yang berkenaan.

“Kita kena seleraskan data itu dan pastikan data itu tepat dan berkesan apabila kita nak laksanakan nanti,” jelas beliau lagi.

Pada masa sama kata Salahuddin, pelaksanaan Projek Pembekalan Petrol RON95 dan Diesel (Tanpa Subsidi) di bawah inisiatif Program Ekonomi Sempadan yang bakal menyusul di Kelantan adalah usaha kerajaan memastikan tidak berlaku isu ketirisan melibatkan bekalan petrol dan diesel di negeri-negeri sempadan.

Baru-baru ini, Majlis Tindakan Ekonomi Negara telah bersetuju untuk memperhalusi subsidi bersasar bagi diesel, yang akan memanfaatkan sembilan jenis kenderaan dalam sektor pengangkutan barangan

Kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim subsidi akan disalurkan melalui sistem “fleet card”.

“Ini akan memastikan sektor logistik dapat menguruskan pengangkutan barangan melalui sistem subsidi dan membantu usaha kerajaan membendung inflasi,” kata Anwar yang juga Menteri Kewangan.

Jenis-jenis kenderaan termasuk lori kargo am, lori penghantaran minuman, lori sejuk beku, lori kotak, lori tugas berat dan lori tangki.

Anwar berkata sistem itu juga akan membantu kerajaan memantau penggunaan diesel dan mencegah ketirisan atau penyalahgunaan subsidi yang disasarkan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat