HONOR Magic5 atau HONOR Magic5 Pro, mana satu pilihan paling sesuai

- Advertisement -

Panduan lengkap memilih Telefon Terbaik Tahun 2023 HONOR

KUALA LUMPUR, 17 Mei 2023 – Adakah anda sedang mencari telefon pintar baharu tetapi terlalu banyak pilihan di pasaran sehingga membuatkan anda keliru? Jika anda mengidamkan telefon pintar dengan ciri-ciri mengagumkan, teknologi inovatif dan berkualiti tinggi, HONOR Magic5 Pro dan HONOR Magic 5 adalah pilihan paling tepat.

Berikut merupakan panduan bagi membantu anda memahami kelebihan dan kekuatan HONOR Magic5 Pro dan HONOR Magic 5.

HONOR Magic5 Pro – Flagship Dark Horse

HONOR Magic5 Pro yang berkuasa ini baru mula dijual di pasaran tempatan dan telah meraih perhatian dunia selepas diiktiraf sebagai Terbaik di Mobile World Congress (MWC) Terbaik 2023 selain turut digelarkan sebagai Flagship Dark Horse. Pada harga RM 4,299, HONOR Magic5 Pro mengetengahkan ciri-ciri hebat bagi memberi pengalaman terbaik dan berbaloi kepada pengguna. Berikut beberapa perkara yang anda perlu tahu mengenai HONOR Magic5 Pro:

  • Pakar Fotografi – Sistem Milisecond Falcon Capture Camera

Antara kehebatan HONOR Magic5 Pro adalah sistem Milisecond Falcon Capture Camera iaitu sistem tiga lensa kamera yang terdiri daripada kamera utama 50MP, lensa ultra lebar 50MP dan lensa periskop telephoto 50MP untuk merakam gambar-gambar menakjubkan di hujung jari.

Lebih menarik, ciri AI Super Night Capture membolehkan pengguna merakam gambar dengan mudah dan pantas. Hasil gambar adalah jelas dan terang meskipun di tempana kurang cahaya. Percayalah, anda pasti menggemari fotografi mudah alih selepas menggunakan kamera HONOR Magic5 Pro.

  • Pemandangan Selesa – Paparan Terang Dinamik Super

Satu lagi ciri utama pada HONOR Magic5 Pro adalah Paparan Terang Dinamik Super, menampilkan paparan lengkung-kuad LTPO 6.81-inci dan kadar segar semula 120Hz untuk pemuka yang lancar ketika skrol dan melayari skrin. Untuk makluman, HONOR Magic5 Pro turut dinobatkan nombor satu dalam DXOMark untuk paparan telefon pintar. DCI-P3 gamut warna menyediakan pelbagai rangkaian warna terang dan seakan sebenar untuk pengalaman pemandangan lebih baik.

Dari segi keselesaan, HONOR memasukkan ciri Paparan Malam Sirkadia yang membantu pengguna tidur dengan lebih baik. Dengan Pemalapan PWN 2160Hz yang mengurangkan kerlipan, mata pengguna tidak berasa letih terutamanya selepa memandang skrin untuk tempoh lama.  Oleh itu, HONOR Magic5 Pro pilihan yang tepat untuk dihadiahkan kepada orang tua anda!

3.) Bekerja atau Berseronok – Bateri Berketumpatan Tinggi Ultra

HONOR Magic5 Pro juga memiliki Bateri Berketumpatan Tinggi Ultra 5100mAh yang menawarkan jangka hayat bateri lama untuk penggunaan sepanjang hari. Dilengkapi pengecas SuperCharge 66W, bateri mencapai daripada 0% kepada 100% dalam tempoh lebih kurang sejam, cukup untuk anda mengisi masa dengan menikmati minuman petang atau bersiap untuk menghadiri mesyuarat. Dengan bateri tahan lama dan menjimatkan masa mengecas, HONOR Magic5 Pro pilihan terbaik untuk peminat teknologi atau pemain game.

Seterusnya, mari kita lihat pula kelebihan yang ada pada HONOR Magic5.

Flagship Paling Berbaloi – HONOR Magic5

HONOR Magic5 ditawarkan pada harga RM 3,499, sesuai bagi mereka yang mencari telefon pintar mampu milik dengan ciri-ciri hebat. Hampir sama dengan edisi Pro, HONOR Magic5 hadir dengan ciri-ciri dan teknologi yang sesuai untuk pelajar atau graduan yang baru menapak dalam kerjaya. Berikut merupakan ciri-ciri tersedia:

  1. Foto Berkualiti Tinggi – Sistem Milisecond Falcon Capture Camera

HONOR Magic5 hadir dengan Sistem Kamera Milisecond Falcon Capture yang terdiri daripada tiga kamera terdiri daripada kamera utama 54MP, kamera ultra lebar 50MP, dan kamera telefoto 32MP. Gambar dihasilkan jelas dengan perincian, warna, dan ketajaman yang mengangumkan. Dengan penstabil imej AI, HDR, dan Mod Malam, gambar-gambar menarik boleh dirakam dalam apa jua keadaan pencahayaan. HONOR Magic5 harus dimiliki pakar fotografi yang mahu mengambil gambar dengan santai.

  1. Lebih Ringan, Lebih Nipis, Lebih Baik – Bateri Berketumpatan Tinggi Ultra 5100mAh

HONOR Magic5 turut dilengkapi dengan Bateri Berketumpatan Tinggi Ultra 5100mAh. Peranti ini lebih ringan dan nipis menjadikannya lebih senang untuk digenggam dan dibawa ke mana-mana sahaja. Pengecas SuperCharge 66W membolehkan HONOR Magic5 dicas dengan pantas, senang ketika pengguna perlu menggunakan peranti ini untuk membuat tugasan atau gaming.

  1. Ikut Kata Hati Pengguna – Kolaborasi pintar OS MagicOS 7.1

Kolaborasi pintar OS MagicOS 7.1 memberi kemudahan akses dan keselesaan kepada pengguna. Direka untuk memberi pengalaman yang lancar dan intuitif, pengguna boleh mengubah pilihan mengikut kesesuaian peribadi. Turut dikuasakan Snapdragon 8 Gen 2 seperti versi Pro, pemproses ini memberi prestasi lancar untuk pelajar menghasilkan apa jua tugasan yang diberi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat