Bekalan Gula Cukup, Tak Perlu Buat Pembelian Panik

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pengguna tidak perlu membuat pembelian panik memandangkan kerajaan memberi jaminan tidak berlaku krisis bekalan gula seperti yang tular media-media sosial.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub sebaliknya mengingatkan pengguna agar tidak percaya kepada berita yang tidak disahkan oleh KPDN.

“Ada desas desus (krisis bekalan gula) semalam saya harap rakyat jangan percaya tentang berita yang tidak disahkan KPDN.

“Semalam KPDN mengadakan libat urus bersama dua pengeluar gula terbesar dan setakat semalam sesi libat urus itu, bekalan gula setakat ini mencukupi.

“Jangan dengar berita yang tidak betul dan jangan lakukan pembelian panik kerana kita telah mendapat kepastian bekalan tempatan adalah mencukupi dan rakyat bayar dengan harga ditetapkan hari ini,” katanya kepada pemberita ditemui selepas Majlis Perasmian Pameran dan Persidangan Francais Antarabangsa Malaysia 2023 (FIM2023) pada Khamis.

Baru-baru ini tular di media sosial kononnya harga gula bakal dinaikkan dan juga negara sedang berdeapan krisis bekalan produk itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat