UMNO Kuala Selangor ‘tak sudi’ terima Tengku Zafrul sebab pilihan Muhyiddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- UMNO Kuala Selangor menolak program membabitkan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz susulan ura-ura kononnya Menteri Kewangan itu sedang mengintai untuk bertanding di kerusi Parlimen berkenaan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Ketua UMNO Kuala Selangor, Jahaya Ibrahim, mengeluarkan notis berkenaan menerusi WhatsApp selepas menerima aduan daripada ketua-ketua cawangannya.

Menurut beliau, satu “gerakan” didalangi “anasir luar” sedang meraih sokongan ahli UMNO tempatan untuk tujuan itu, sekali gus boleh memecahkan UMNO Kuala Selangor.

Memetik laporan FMT, Setakat ini belum ada maklumat mengenai keahlian Tengku Zafrul dalam mana-mana parti, namun Jahaya memaklumkan desas-desus mendakwa gerakan itu ingin Tengku Zafrul bertanding sebagai calon UMNO.

“Dia orang UMNO ke kalau hendak bertanding atas tiket UMNO? Kita pun tak tahu dia orang UMNO atau tak. Dia lahir dari ‘perut’ Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melantiknya Menteri Kewangan…bukan dilantik orang UMNO,” katanya kepada portal itu.

Tengku Zafrul yang berstatus senator dilantik sebagai menteri kewangan ketika pentadbiran Muhyiddin Yassin. Beliau dikekalkan dalam Jemaah Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Pada PRU14, Parlimen Kuala Selangor menyaksikan pertembungan antara UMNO, Amanah, dan PAS. Calon Amanah, Datuk Seri Dzulkefly Ahmad yang bertanding atas tiket PKR, menang dengan majoriti lebih 8,000 undi.

Di peringkat DUN, calon PH menang di semua tiga kerusi menewaskan calon UMNO, MIC, dan PAS dengan kelebihan antara lebih 1,000 hingga lebih 2,000 undi.

“Kalau dia (Tengku Zafrul) nak bertanding atas tiket UMNO, esok kita bimbang dia melompat juga ke Bersatu akhirnya,” kata Jahaya.

Semakan di media sosial mendapati beliau memuat naik gambar beberapa program di Kuala Selangor, termasuk membabitkan belia dalam satu program menonton Piala FA di Puncak Alam, baru-baru ini.

Tengku Zafrul dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar, turut menghadiri majlis makan malam dengan NGO Cina dan India di Kuala Selangor.

Noh merupakan Ketua UMNO Selangor dan ahli Majlis Kerja Tertinggi parti.

Sehingga kini, tiada sebarang layanan diberikan oleh pihak Tengku Zafrul terhadap khabar angin itu.

Pada Januari, Tengku Zafrul memberitahu Sinar Harian bahawa beliau “tiada masa untuk berfikir sama ada bakal bertanding PRU15 atau tidak”, di sebalik spekulasi mengaitkannya dengan Parlimen Lembah Pantai dan Kuala Pilah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat