Jamin keselamatan makanan, kerajaan mansuh permit import – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bagi memastikan bekalan makanan mencukupi Perdana Menteri mengambil langkah drastik dengan memansuhkan Permit Import (AP) bahan makanan.

Ismail Sabri memaklumkan tindakan pantas kerajaan memansuhkan AP makanan itu selepas mesyuarat Kabinet yang bersidang hari ini.

Jelas Perdana Menteri pemansuhan permit import makanan itu diputuskan kerana ia tindakan penting dalam usaha menjamin keselamatan makanan di negara ini.

Beliau berkata, dengan pemansuhan keperluan permit itu, ia bermakna sesiapa sahaja boleh mengimport makanan ke negara ini dan tidak lagi terhad kepada pihak tertentu sahaja.

Katanya, pemansuhan itu berkuatkuasa serta-merta.

“Saya percaya Kementerian Pertanian (Dan Industri Makanan) akan umumkan secara terperinci… kita bersetuju tadi tiada AP import lagi untuk bahan makanan.

“Ia terbuka kepada sesiapa sahaja untuk mengimport bahan makanan masuk ke negara kita. Jadi kalau dulu ada AP lembu, AP daging (dan) macam-macam lagi, mulai hari ini kita tiada AP lagi,” kata Ismail Sabri memetik Malaysia Gazette pada Rabu.

Beliau berkata demikian kepada wartawan ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri 2022 hari ini.

Sebelum ini, wujud gesaan meminta kerajaan memansuhkan AP atau memberikan peluang kepada lebih banyak syarikat mengimport barangan jika benar-benar mahu menurunkan harganya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,590FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat