Manifesto BN Terengganu tunggang agama dan bangsa – Siti Kasim

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Peguam hak asasi manusia dan aktivis, Siti Zabedah Kasim mengkritik manifesto Barisan Nasional (BN) Terengganu yang didakwanya menunggang agama dan bangsa.

Beliau sebaliknya mencadangkan kepada BN Terengganu memanfaatkan peruntukan untuk membina laluan tanpa tol projek Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT3) hingga ke Besut dan pembinaan 30 masjid di negeri itu dengan menaik taraf kehidupan rakyat.

“Bukan ke lebih baik kalau dia orang janji nak naikkan taraf kehidupan rakyat Terengganu daripada bina lebih banyak masjid? Duit bina masjid tu lebih afdal digunakan untuk memberi dan membantu rakyat dari segi ekonomi mereka.

“Inilah contoh puak politikus menunggang agama dan bangsa,” kritik Siti dalam catatan di Facebooknya pada Selasa.

Ketua Umno Bahagian Besut, Nawi Mohamad pada 16 Mei baru-baru ini mengemukakan manifesto sedemikian dalam usaha merancakkan kembali pembangunan di Terengganu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,590FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat