Saudia dinobatkan sebagai jenama syarikat penerbangan yang paling pesat berkembang di dunia

- Advertisement -

Saudia, syarikat penerbangan nasional Arab Saudi, mengumumkan bahawa nilai jenamanya telah meningkat sebanyak 58% sejak 2021 menurut laporan tahunan jenama 50 Syarikat Penerbangan Teratas Brand Finance®.

Sepanjang empat tahun lalu, syarikat penerbangan itu telah naik enam anak tangga untuk memperoleh kedudukan ke-33 dalam jadual kedudukan nilai jenama, sekali gus menjadikan Saudia jenama syarikat penerbangan keenam yang paling pesat berkembang pada tahun 2024 dengan nilai USD$797.4 juta.

Menurut laporan, yang merupakan ulasan tentang jenama syarikat penerbangan yang berprestasi terbaik dan paling berharga di seluruh dunia, Saudia berjaya meningkatkan penarafan kekuatan jenamanya daripada A kepada A+ dan kini menduduki tempat ketiga sebagai jenama syarikat penerbangan Timur Tengah yang paling berharga.

Saudia telah mengalami beberapa detik dan peristiwa penting dalam usaha membina jenamanya sepanjang tahun lalu. Syarikat penerbangan itu telah mengembangkan rangkaian laluannya, menghubungkan Arab Saudi dengan destinasi utama di seluruh dunia. Perkara ini meningkatkan pengalaman para tetamu melalui perkhidmatan dan kemudahan yang lebih baik. Selain itu, Saudia menjalani penjenamaan semula yang memfokuskan pada transformasi digital.

Kemajuan besar ini menekankan komitmen yang tidak berbelah bahagi Saudia untuk menyajikan para tetamu dengan perkhidmatan terunggul di samping mempromosikan kedudukannya sebagai peneraju industri dalam bidang penerbangan.

Khaled Tash, Ketua Pegawai Pemasaran, Kumpulan Saudia, berkata: “Kami amat berbangga dengan strategi inovatif yang telah kami laksanakan untuk meningkatkan nilai jenama dan pengalaman tetamu kami.

Kenaikan yang luar biasa dalam kedudukan global bukan hanya satu detik penting untuk Saudia tetapi juga pengesahan semula bagi keunggulan kami yang semakin berkembang di peringkat penerbangan antarabangsa.

Kerjasama Saudia dengan jenama dan rakan kongsi antarabangsa seperti Newcastle United dan Formula E, sekadar menyebutkan beberapa nama, membolehkan kami meningkatkan kehadiran jenama dan diperkenalkan kepada khalayak global yang lebih luas.

“Memandangkan kami memainkan peranan penting dalam transformasi ekonomi kerajaan dan merealisasikan Wawasan 2030, kami terus komited untuk mengekalkan trajektori pertumbuhan ini dan terus mengangkat Saudia sebagai simbol layanan mesra dan penanda aras untuk kecemerlangan dalam industri.” Tambah beliau.

Setiap tahun, perundingan penilaian jenama Brand Finance® menilai 5,000 daripada ‘jenama terbesar’ dan menerbitkan kira-kira 100 laporan, meletakkan jenama merentasi semua sektor dan negara. Selain merumuskan nilai jenama, Brand Finance® juga menentukan kekuatan relatif jenama melalui kad skor metrik yang menilai pelaburan pemasaran, ekuiti pemegang saham dan prestasi perniagaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat